![]() |
| Lajim bersama ahli jawatankuasa Kelab Sukan Bisaya Sabah menunjukkan isyarat terbaik penubuhan kelab tersebut. |
KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Hj.Ukin menyambut baik usaha golongan belia Bisaya di negeri ini menubuhkan Kelab Sukan Bisaya Sabah (KSBS) sebagai salah satu pendekatan menghimpun anak anak Bisaya dalam satu kelab yang berdaftar .
Katanya, kelab tersebut bukan sahaja berperanan menghimpun anak anak Bisaya dalam kegiatan sukan dan riadah tapi boleh mempelbagaikan kegiatanya seperti dalam bidang pendidikan,kebajikan ekonomi dan kemasyarakatan .
" Saya menyambut baik dan menyokong usaha yang dilakukan oleh kelab ini sebagai satu pendekatan menyatu padukan masyarakat Bisaya khususnya di kalangan belia Bisaya dalam satu kelab yang boleh menyumbang sesuatu yang positif kepada (PBBS) dan masyarakat Bisaya keseluruhanya " katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan hormat kelab tersebut di kediamannya di Likas baru baru ini.
![]() |
| Lajim meneliti draf perlembagaan kelab semasa perjumpaan tersebut. |
Rombongan tersebut diketuai oleh Pengerusinya Dulimin Ajak,Setiausaha Jick Marzuki Juslin@Sirin dan ahli jawatankuasa (KSBS).
Menurut Lajim yang juga bekas Ahli Parlimen Beaufort kegiatan sukan merupakan antara kegiatan yang diminati oleh golongan muda sudah tentu penubuhan kelab tersebut merupakan satu pendekatan terbaik bagi menghimpun golongan belia Bisaya untuk sama sama menyumbang buah fikiran dan tenaga untuk memertabatkan PBBS.
" Masih ramai anak anak muda Bisaya belum menjadi ahli persatuan justeru penubuhan kelab ini menjadi salah satu alternatif untuk mendekati golongan ini sekali gus mendidik mereka aspek aspek kepimpinan kerana golongan ini merupakan pemimpin pelapis untuk meneruskan usaha PBBS mengangkat mertabat suku kaum Bisaya dalam pelbagai bidang" jelas Lajim
![]() |
| Ahli jawatankuasa Kelab Sukan Bisaya Sabah bersama Lajim(tengah) |
Sementara itu Dulimin berkata kelab tersebut baru saja ditubuhkan pada pertengahan bulan Julai lepas dan kini mempunyai anggota seramai 200 orang dari kalangan belia Bisaya di negeri ini.
" Dengan adanya restu serta sokongan positif dari Presiden PBBS dalam masa terdekat ini kita akan mendaftarkan secara rasmi kelab ini di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan " jelas Dulimin.
Menurut Dulimin walaupun matalamat asalnya penubuhan kelab ini untuk pembangunan sukan di kalangan belia Bisaya yang berpusat di Kota Kinabalu , usaha mempelbagaikan kegiatan akan dilakukan sebagai mana seranan Persiden PBBS.
" Pada peringkat awal ini kita mulakan kegiatan kelab dengan kegiatan sukan seperti bola sepak,sepak takraw dan lain lain kegiatan sukan " katanya.









0 ulasan:
Catat Ulasan