Khamis, 24 Oktober 2019

JALINAN KERJASAMA PENTING MANTAPKAN KECERMALANGAN PENDIDIKAN

Arifin menyampaikan sijil kepada salah seorang pelajar sempana majlis tersebut


MEMBAKUT: Ibubapa dan guru perlu mengamalkan budaya berkerjasama antara satu sama lain untuk memantapkan dunia pendidikan alaf baharu
yang serba mencabar.

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Membakut Datuk Haji Mohd.Arifin Arif  berkata, hubungan ibu bapa dan guru khususnya Persatuan Ibubapa Guru (PIBG) perlu mantap kerana keakraban kedua-dua pihak memberi impak positif kepada pelajar.

Arifin bersama guru guru dan para pelajar yang diraikan sempana majlis tersebut

Katanya, tanggungjawab untuk mendidik anak-anak dan mengawasi tahap kecermalangan akademik pelajar tidak seharuskan diletakkan di bahu guru semata mata ,namun ibubapa perlu ada sikap ambil tahu tentang aspek prestasi akademik anak-anak mereka termasuk pembangunan sahsiah dan kerohanian.

“Kerjasama baik antara kedua-dua pihak mampu membantu perkembangan serta kemajuan pendidikan anak-anak mereka dari masa ke semasa dan ini sudah tentu memberikan anjakan bagi pelajar mencapai tahap kecermalangan sebagaimana yang diharapkan” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Apresiasi SMK Membakut dengan sini kemarin.

Arifin yang juga Ketua penaja parti Bersatu bahagian Kimanis berkata, ibu bapa dialu-alukan ke sekolah untuk membantu guru dalam mengisi keperluan tertentu.

" Ada kalangan  ibubapa berkemahiran dalam bidang tertentu seperti  sukan,  atau kepakaran ibubapa dalam bidang  akademik tertentu ,mereka boleh tampil memberi perkhidmatan sukarela sebagai jurulatih  atau pengajar untuk klas-klas tambahan dengan mendapat persetujuan dari  pihak sekolah terlebih dahulu" katanya 

Menurut  beliau langkah sebegini adalah jambatan keakraban yang akan menjadikan sekolah dalam satu-satu lokasi sebagai hak milik komuniti.

Tambah Arifin sebagai wakil rakyat di kawasan itu pendidikan merupakan keutamaan sebagai mana gagasan beliau " Membangun dengan Ilmu"

" Melalui pendidikan bukan  sahaja untuk membina masa depan pelajar kearah kejayaan cemerlang ,namun nikmatnya  akan dapat dikongsi bersama oleh keluarga ,masyarakat dan negara " katanya 

0 ulasan:

Catat Ulasan