![]() |
| Bung (tiga dari kiri) menyaksikan majlis penyerahan watikah perlantikan bapa angkat kepada PDM di bahagian Kimanis . |
KIMANIS :Pengerusi
UMNO Sabah Dato' Sri Bung Moktar Radin mengingatkan semua jentera Barisan Nasional dan UMNO khususnya di bahagian ini,supaya bersiap siaga dari segi strategi menawan hati pengundi bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis
Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO ,berkata gerak kerja jentera adalah melalui Pusat Daerah Mengundi (PDM) masing-masing terutama di kawasan-kawasan tumpuan yang mana kerusinya BN kecundang atau mempunyai kelebihan sedikit pada PRU yang lepas.
![]() |
| Bung turut berbincang dengan Ketua Ketua Bahagian Sayap Wanita Pemuda dan Puteri UMNO yang hadir ke majlis tersebut. |
Beliau berkata jentera BN dan UMNO perlu memastikan agar hati dan pemikiran pengundi di kawasan tumpuan itu dapat dimenangi supaya kerusi di kawasan tumpuan memenangi majoriti yang diperlukan.
“Kita perlu mulakan gerak kerja dari sekarang ketika kerajaan Pakatan Harapan dan Warisan berhadapan dengan pelbagai isu,soal janji pilihanraya yang tidak ditunaikan,soal kos sara hidup yang semakin meruncing soal pentadbiran kerajaan hari ini yang kelihatan kucar kacir ,kita perlu melipatgandakan gerak kerja,saya yakin kalau usaha-usaha (jentera BN dan UMNO) melebihi daripada seteru politik ,kita mampu memperolehi kemenangan ” kata beliau kepada pemberita selepas berjumpa dengan kepimpinan UMNO Bahagian Kimanis dan penyerahan perlantikan bapa angkat PDM di kawasan Parlimen Kimanis baru baru ini.
![]() |
| Bung ketika ditemui media selepas majlis tersebut |
Sebanyak 19 buah PDM di kawasan Parlimen Kimanis yang akan dijaga oleh Ketua Ketua UMNO Bahagian khususnya untuk menghadapi PRK sekiranya berlaku di kawasan itu
Bung yang juga Ketua UMNO bahagian Kinabatangan turut mengingatkan jentera UMNO di seluruh bahagian agar berterusan mendampingi rakyat dan menjelaskan isu isu yang relevan dan berfakta agar rakyat melihat dan memahami kepincangan kerajaan pada hari ini.
![]() |
| Antara pemimpin pemimpin UMNO yang hadir ke majlis tersebut |
Turut hadir Timbalan Menteri Pengerusi UMNO Sabah Datuk Yakub Khan,Setiausaha UMNO Sabah Datuk Jafry Arifin Bendahari Umno Sabah Suhaimi Haji Nasir,Ketua Wanita UMNO Sabah Datuk Jainab DSP Ahmad Ayid dan Ketua UMNO Bahagian Kimanis Datuk Mohamad Haji Alamin.










Jom orang2 muda kita bangkit bersama pertahankan kursi umno parlimen kimanis.
BalasPadamsuarakan rasa ketidakpuasan hati anda pada phwarisan hari ini dengan menyokong dan mengundi calun umnobn pada prk parlimen kimanis #suarakankeramatanda