Ahad, 3 Mac 2019

PEMIMPIN AKAR UMBI DIMINTA SELASAIKAN MASALAH PENDUDUK SECARA PROAKTIF: DR YUSUF



DR YUSOF (lima kiri) dan Ketua-ketua Jabatan Daerah Sipitang pada majlis Dialog Bersama Rakyat Zon Melalia.

SIPITANG : Pemimpin peringkat akar umbi diminta menjalankan tugas dengan proaktif untuk menyelesaikan masalah penduduk setempat.

Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob berkata, pemimpin bawahan mestilah peka dengan masalah setempat dan sentiasa berusaha menyelesaikannya agar masalah itu tidak berlarutan.

"Saya minta semua pemimpin-pempin masyarakat di peringkat agar umbi termasuk pemimpin-pemimpin parti memberi perhatian terhadap masalah yang terdapat di kawasan atau kampung masing-masing dan sentiasa  berhubung dengan jabatan dan agensi kerajaan sekaligus mewujudkan perkongsian pintar untuk sama-sama menyelesaikan  masalah mengikut peringkat keutamaan," katanya.

DR YUSOF merakamkan kenangan bersama Ketua-ketua jabatan dan pemimpin masyarakat selepas Majilis Dialog Bersama Rakyat bagi Zon Mesapol Sipitang.

Beliau berkata demikian pada majlis Dialog Bersama Rakyat bagi Zon Mesapol di Dewan SJK (C) Chung Hwa Mesapol di sini, pagi tadi.

Hadir sama Pegawai Daerah Sipitang, Matlin Dullah, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Sindumin, Pg Mohd Yacob Pg Omar,  Ketua Daerah Sipitang, Hj Kamis Daming, PPM DUN Lumadan, Hj Mahadi Hj Mumin, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Jufri Etok, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran) Masawi Hj Salleh, Pengerusi Penyelaras Pembangunan Zon Mesapol, Jamuan Hj Majid, Ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutuan serta pemimpin-pemimpin Parti Warisan dan parti komponen Bahagian Sipitang.

Dr Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin juga mengingatkan agar pegawai-pegawai kerajaan mendapatkan info dari masa ke semasa bagi memastikan sebarang tindakan dapat diambil mengikut kerperluan.

"Pegawai-pegawai kerajaan dan agensi berkaitan perlu prihatin terhadap masalah dan keperluan rakyat. Justeru itu saya berharap kakitangan kerajaan tidak hanya menunggu arahan," berkaitan
SEORANG penduduk mengambil bahagian dalam Majlis Dialog Bersama Rakyat anjuran ADUN SINDUMIN.

Dr Yusof juga menggesa jabatan yang berkaitan perlu tegas dalam penguatkuasaan unding-undang dan sebarang peraturan yang sedia ada bagi menjamin kewujudan pentadbiran kerajaan yang berintegriti dapat dirasai rakyat.

"Pentadbiran Daerah mestilah memantau sebarang kegiatan-kegiatan yang menyalah undang-undang dalam pentadbiran. Dan jika terdapat mereka yang tidak mengikut peraturan tindakan perlu diambil, jika tidak imej kerajaan akan terjejas dan kepercayaan rakyat terhakis," katanya.

Majlis dialog memberi ruang kepada pemimpin dan lenduj setempat untuk menyuarakan sebarang masalah, pandangan dan cadangan.

Majlis sama turut diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Melalia bagi Zon Usuk.




0 ulasan:

Catat Ulasan