![]() |
| Rapahi berdiri (Kiri ) menyertai ibubapa memotong rumput pada majlis tersebut |
BEAUFORT : Ibu bapa disaran terus memberi sokongan kepada segala perancangan pihak sekolah demi memastikan anak-anak mendapat pendidikan berkualiti.
Setiausaha Politik Menteri Pelajaran dan Invoasi Sbaah Rapahi Haji Idris berkata, galakan serta perhatian ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak penting kerana ia mampu mencorak kehidupan yang lebih baik bagi generasi muda.
“Ini menjadi harapan dan amanah kita bagi melahirkan anak-anak yang berjaya dalam pendidikan dan terus berjaya dalam kehidupan pada masa akan datang.
“Justeru, saya sarankan ibu bapa supaya sentiasa prihatin dan memberi penekanan dengan menyokong setiap perancangan pihak sekolah sama ada dalam aspek pembangunan sekolah mahupun pendidikan anak-anak,” ujarnya.
![]() |
| Rapahi turut menanam pokok pokok bunga untuk menceriakan persekitaran sekolah semasa majlis tersebut |
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program gotong royong bersama PIBG SMK Gadong dekat sini baru baru ini.
Rapahi berkata, selain itu ibu bapa diingatkan supaya peka dengan perkembangan anak-anak dan tidak meletakkan tanggungjawab mendidik mereka pada bahu guru semata-mata.
“Selain pemimpin peringkat akar umbi dan anggota masyarakat, ibu bapa perlu jalin hubungan akrab dengan guru-guru di sekolah anak masing-masing.
“Ini kerana dengan adanya kerjasama baik di antara kedua-dua pihak mampu membantu perkembangan pendidikan anak-anak dan seterusnya memberi dorongan kepada mereka agar lebih berusaha dan membina masa depan yang cemerlang,” ujarnya.
Mengenai majlis itu, beliau memuji usaha yang dilakukan oleh PIBG serta penglibatan ibu bapa menjayakan program gotong royong menceriakan persekitaran sekolah.
" Usaha usaha sebegini wajar diteruskan dari masa ke semasa dimana selain menjalin hubungan kerjasama antara pihak sekolah,guru guru dan ibu bapa ianya juga dapat
menambah baik prasarana serta keceriaan dan keselesaan murid-murid.
Menurut beliau kehadiran ibu bapa ke program tersebut menunjukkan komitmen mereka membantu pihak sekolah dalam perancangan meningkatkan pendidikan anak-anak.








0 ulasan:
Catat Ulasan