Ahad, 31 Mac 2019

BUNG KETUAI JENTERA UMNO SABAH KEMPEN PRK DUN RANTAU


Bung (dua dari kanan ) bersama Presiden UMNO Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi dan kepimpinan tertinggi UMNO ketika mengiring calon BN Datuk Seri Mohamad Hasan ke pusat penamaan calon

KOTA KINABALU: Pengerusi UMNO Sabah Dato' Sri Bung Moktar mengetuai jentera UMNO Sabah berkempen bagi menghadapi pilihanraya kecil (PRK)  DUN Rantau.

Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO ketika ditemui selepas proses penamaan calon pada Sabtu lepas di Dewan Serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Bandar Sri Sendayan Seremban berkata,jentera UMNO Sabah bersama tiga sayap utama Pergerakan  Wanita,Pemuda dan Puteri akan berkampung di Rantau sepanjang tempoh berkempen dan menjaga Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang diamanahkan oleh parti.

" Seperti biasa kita (UMNO Sabah) dengan jentera yang ada akan berkampung di sini sepanjang tempoh berkempen,selain itu turut mengadakan beberapa siri ceramah di PDM yang kita jaga" katanya

PRK DUN  Rantau diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban pada 16 November tahun lalu yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi DUN Rantau pada Pilihan Raya Umum ke-14, terbatal dan tidak sah.
Calon BN Datuk Seri Mohamad Hasan diiringi ribuan penyokong ke Pusat penamaan Calon.

Pada PRK kali ini menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau, Dr S Streram yang mewakili PH, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mewakili BN dan dua lagi calon bebas iaitu R Malar dan Mohd Nor Yassin.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 13 April sebagai hari mengundi, manakala 9 April sebagai hari mengundi awal.

SEKATA..Bung bersama pemimpin BN dan PAS Bersarapan pagi bersama sebelum ke pusat penamaan calon

Ketika  diminta mengulas peluang BN untuk mengekalkan kemenangan  di DUN Rantau pada PRK kali ini Bung yang juga Ketua UMNO bahagian Kinabatangan  berkata DUN Rantau merupakan kubu kuat UMNO sejak beberapa tahun lepas khususnya sejak Mohamad Hasan mula mewakili kawasan tersebut
" Kita yakin BN dijangka akan terus menguasai DUN Rantau,lebih lebih lagi dengan peralihan sokongan pengundi Melayu.kepada BN akhir akhir ini serta kemenangan berturut-turut BN pada PRK Cameron Highlands diikuti Semenyih ,apapun kita akan berkerja keras mempastikan calon BN menang pada PRK kali ini" katanya

0 ulasan:

Catat Ulasan