Selasa, 19 Mac 2019

TOH PUAN DSP DR HAJAH NORLIDA TAN SRI DATUK RM JASNI ZIARAH KELUARGA KIMIN DI KAMPUNG MARAIS KEMABONG


Toh Puan Datuk Seri Panglima (Dr) Hajah Norlidah Tan Sri Datuk RM Jasni sambil diperhatikan Jamawi berbual mesra bersama Kimin pada ziarah tersebut.


ZIARAH... Bagi Kimin Motoh 50 an yang tinggal di kampung Marais Kemabong pagi kemarin (selasa) adalah detik yang bersejarah dalam hidupnya bersama anak anak apabila tanpa diduganya menerima kunjungan dari isteri Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah Toh Puan Datuk Seri Panglima (Dr) Hajah Norlidah Tan Sri  Datuk RM Jasni yang dalam rangka lawatan rasmi dalam program Ziarah Kasih bersama Yayasan Nur Jauhar ke daerah Kecil Kemabong .

Beliau (Kimin)yang lumpuh sebelah badan sejak 2009  tinggal bersama lapan orang anaknya yang masih bersekolah  dua orang  di Unversiti dan seorang   baru sahaja tahun ini memasuki Institut Perguruan Guru .
Ekoran keadaan sebelah badanya lumpuh,beliau tidak dapat bergerak lebih jauh dan berkerja hanya mampu tinggal di rumah yang menjadi hambatan bagi  beliau menyerah kehidupan keluarganya.

Toh Puan Datuk Seri Panglima(Dr) Hajah Norlida Tan Sri RM Jasni diiringi Jamawi dan Isteri tiba di kediaman Kimin di Kampung Marais Kemabong.

Toh Puan Datuk Seri Panglima (Dr) Hajah Norlidah Tan Sri Datuk RM Jasni yang juga penaung Yayasan Nur Jauhar meluangkan masa lebih sejam hadir sendiri ke kediaman Kimin  bertanyakan khabar disamping menghulurkan sumbangan dari Yayasan Nur Jauhar.

Mengiring ziarah Toh Puan ialah Wakil Rakyat Kemabong Jamawi Jaafar bersama isteri ,Pegawai Daerah Tenom,Penolong Pegawai Daerah Kecil Kemabong serta pegawai pegawai kanan kerajaan.

Dua minggu sebelum ini,Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan telah pun berkunjung ke rumah Kimin bagi menghulurkan sumbangan serta melihat sendiri keadaan rumah beliau yang begitu sempit  dan kurang selesa untuk didiami  Kimin bersama anak anaknya.

Pada  ziarah kali ini Jamawi  juga membawa khabar gembira buat  Kimin sekeluarga dimana  kerajaan telah meluluskan permohonan rumah dibawah projek PPRT kepada Kimin  dan keluarga dimana ianya akan dilaksanakan tahun ini .

" Siapnya nanti rumah Kimin beliau akan dapat tinggal dalam keadaan yang lebih selesa sementara bantuan bantuan lain akan kita usahakan bagi membantu meringankan beban beliau yang terpaksa menyara anak anaknya yang masih bersekolah " jelas Jamawi.

0 ulasan:

Catat Ulasan