![]() |
| Jamawi sambil diperhatikan Pengetua Cemerlang SMK Kemabong Lian Fee Choo menerima cendera kenangan dari YDP PIBG SMK Kemabong Ampalang Payu selepas merasmikan mesyuarat agung tersebut |
KEMABONG : Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan sebuah organisasi yang cukup signifikan dan penting bagi perkembangan sesebuah sekolah.
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata, peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan pencapaian sekolah kerana PIBG menjadi saluran atau perantaraan untuk mencetuskan hala tuju dan matlamat sekolah ke arah kecemerlangan pendidikan
“Kecemerlangan sesebuah organisasi atau persatuan amat bergantung kepada beberapa elemen yang perlu digerakkan seiring.
“PIBG perlu berpadu tenaga dan menyumbang buah fikiran dalam membangun dan memajukan sekolah demi kecemerlangan pendidikan anak-anak kita" katanya
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat agung PIBG SMK Kemabong di dewan sekolah tersebut pagi kemarin .
![]() |
| Jamawi berbual mesra bersama Pengetua SMK Kemabong dan guru guru sejurus tiba untuk merasmikan mesyuarat tersebut |
Hadir sama pengetua cemerlang SMK Kemabong Lian Fee Choo Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kemabong Burnley Balang dan Yang Dipertua PIBG SMK Kemabong Ampalang Payu.
Jamawi berkata antara perkara penting bagi PIBG mampu memainkan peranannya lebih berkesan ialah melalui elemen perpaduan dalam kalangan ahli bagi membolehkan sesebuah organisasi memaksimumkan sumber tenaga, usaha dan buah fikiran ke arah kecemerlangan yang membanggakan.
Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan sebagai wakil rakyat di kawasan itu beliau amat menekankan keperluan pendidikan dan sentiasa memberikan sokongan apa juga program pendidikan yang boleh membantu mempertingkatkan kecermalangan pendidikan khususnya di kawasan Kemabong.
" Saya amat menitikberatkan pandangan dan masa depan khususnya pendidikan di kawasan ini,justeru, untuk merealisasikan hasrat dan wawasan pendidikan yang kita inginkan, maka salah satu strategi yang boleh dilaksanakan ialah dengan merapatkan hubungan sekolah pemimpin dan ibu bapa pelajar melalui PIBG" katanya
Selain itu tambah Jamawi PIBG juga dapat menjadi pemangkin kepada terjalinnya hubungan rapat dengan jabatan kerajaan pemimpin dan pertubuhan bukan kerajaan ke arah mewujudkan permuafakatan dan perkongsian bijak demi kebaikan bersama.
![]() |
| Jamawi bertanyakan khabar kepada salah seorang ibubapa pelajar yang hadir ke mesyuarat tersebut |
Dalam pada itu Jamawi juga meminta ibubapa agar menitikberatkan pendidikan moral dan penerapan nilai-nilai murni, kasih sayang dan jati diri serta nilai modal insan









0 ulasan:
Catat Ulasan