Jumaat, 22 Mac 2019

PIBG berperanan bantu wujud sekolah cemerlang - Jamawi

Jamawi (tengah) bersama Guru Besar Sungai Api Philip Yunathan dan ahli jawatankuasa PIBG SK Sungai Api menunjukkan isyarat terbaik untuk bergerak kehadapan

KEMABONG: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) harus memainkan peranan membantu mewujudkan sekolah cemerlang sekaligus melahirkan generasi pelajar berkualiti yang bakal mewarisi kepimpinan negara kelak.

Wakil Rakyat Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata, kerjasama dan hubungan rapat di antara guru dan ibu bapa adalah satu faktor utama memastikan pendidikan berfungsi secara berkesan.

Jamawi menerima cendra kenangan dari Guru Besar Sk Sungai Api Philip Yunathan selepas merasmikan mesyuarat tersebut.

Katanya, sesebuah sekolah tidak boleh bergerak sendiri untuk maju ke hadapan tanpa sokongan daripada ibu bapa.

“Tanpa sokongan ibubapa, hasrat untuk mencapai lebih ramai pelajar  cemerlang dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum tidak akan tercapai, justeru apa penting adalah hubungan dua hala antara pihak sekolah dan PIBG perlu terus diperkasakan” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat agung PIBG Sk Sungai Api Kemabong  dekat sini kelmarin.

Hadir sama Guru Besar SK Sungai Api Philip Yunathan Pengerusi PIBG SK Sungai Api Arfinus Arun.

Sehubungan itu, menurut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, kerjasama ibu bapa dan guru dalam membincangkan hal-hal sekolah berkaitan dengan pendidikan anak-anak mereka adalah penting supaya pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan.

Selain itu katanya, PIBG dapat membantu pihak sekolah menganjurkan sesuatu aktiviti serta memainkan peranan dalam menggalakkan anak-anak mereka menyertai aktiviti sekolah.

Menurutnya lagi, memang tidak dapat dinafikan peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan percapaian sekolah kerana persatuan berkenaan menjadi medium untuk mencetuskan hala tuju dan matlamat sekolah ke arah kecemerlangan pendidikan.

“Kecemerlangan sesebuah organisasi atau persatuan amat bergantung kepada elemen yang perlu digerakkan secara bersama”, ujarnya.

Tambah Jamawi  sebagai pemimpin di kawasan itu,beliau sentiasa memberikan sokongan terhadap apa juga kegiatan yang menjurus kepada peningkatan kecermalangan pendidikan.

"Saya berharap melalui PIBG akan dijadikan medium untuk meningkatkan penglibatan ibubapa ,komuniti termasuk sektor swasta dalam pembelajaran anak-anak" katanya


0 ulasan:

Catat Ulasan