![]() |
| Jamawi bersama isteri dan seorang anak OKU mereka Aisyah turut menyertai larian tersebut |
TENOM: Masyarakat diingatkan agar tidak meminggirkan golongan kurang upaya (OKU) yang sentiasa memerlukan perhatian serta sokongan untuk mereka berdikari.
Ahli Dewan undangan Negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata, dengan adanya perhatian dan latihan berterusan tidak mustahil golongan ini boleh berdikari dan menjadi individu yang berguna kepada masyarakat.
![]() |
| Meriah antara peserta yang menyertai larian tersebut |
Katanya ini kerana telah terbukti ada kalangan OKU yang berjaya mengukir nama di persada dunia atas kejayaan dan bakat mereka masing masing.
Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan berkata demikian ketika ditemui semalam melancarkan
Charity Run For Special Kids anjuran Kelab Lions Tenom bersama badan badan NGO lain di perkarangan Dewan masyarakat Datuk Seri Panglima Antenom pada pagi Sabtu.
Beliau menegaskan pentingnya masyarakat dan keluarga dalam membantu golongan ini untuk menjalani kehidupan sama seperti insan normal.
" Penting bagi masyarakat menghakis sikap yang boleh menghalang
sama ada dalam bentuk fizikal, mental, sosial, emosi dan psikologi yang boleh menghambat penyertaan serta pengelibatan individu OKU dalam hidup bermasyarakat.
![]() |
| Jamawi (dua dari kiri ketika melepaskan peserta yang menyertai larian tersebut |
Bagi ibubapa pula Jamawi berharap mereka tidak mengabaikan keperluan golongan itu, selain bersabar dengan kepenatan dalam menghadapi kerenah mereka.
“Jika ibu bapa bersikap seperti tidak reda, tidak sabar dan enggan melaksanakan amanah, maka bukan sahaja ia memudaratkan diri mereka sendiri, tetapi juga anak mereka yang tidak berdosa,” tegasnya
Jamawi menegaskan terdapat beberapa individu OKU yang sudah terbukti berjaya memecah tembok antara insan normal dan golongan OKU, atas kejayaan yang mereka tempat di pelbagai bidang dan peringkat.
Berhubung dengan program tersebut Jamawi berkata ianya merupakan pendekatan terbaik bagi menampilkan bakat golongan OKU disamping menjadi wadah perpaduan dan kerjasama antara golongan OKU termasuk ahli keluarga yang mempunyai anak anak istimewa .









0 ulasan:
Catat Ulasan