Selasa, 5 Mac 2019

Mayat Mangsa Mati Lemas di Sungai Padas Beaufort Ditemui


Mayat mangsa yang ditemui diusung oleh pasukan penyelamat untuk dibawa ke Hospital Daerah Beaufort untuk proses bedah sisat

BEAUFORT:Seorang lelaki dipercayai lemas ketika memancing di tepi sungai Padas di Beaufort semalam.

Menurut Kenyataan Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9 malam dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian sejauh 4 kilometer.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terus di lakukan di sekitar lokasi.Bagaimanapun SAR di tangguhkan pada pukul 11.59 malam tadi dan akan di sambung semula pagi hari ini.

Mangsa yang dipercayai lemas itu dikenali sebagai Romi Papelera  41 berasal dari Kampung Jampanga dekat sini dimana ketika kejadian beliau bersama rakanya memancing undang di tepi sungai Padas dimana rakanya melihat mangsa terjatuh ke dalam air.

Orang ramai berkumpul dilokasi mayat di temui di belakang Bangunan Lama Hospital Beaufort

Operasi mencari oleh pasukan penyelamat Bomba,Polis dan JPA diteruskan hari ini dan pada pagi tadi (Rabu) pasukan  penyelamat Dalan Air (PPDA) Kuala Penyu menemui mayat mangsa dalam keadaan lemas di tebing sungai Padas iaitu berhampiran bangunan lama Hospital  Beaufort dan seterusnya  mayat mangsa dibawa ke Hospital  daerah Beaufort untuk proses bedah  siasat .

0 ulasan:

Catat Ulasan