![]() |
| Dr Yusuf menyampaikan watikah perlantikan kepada Mandat Jaapar Ketua Kampung Kalamauh sempana majlis tersebut |
SIPITANG : Ketua-ketua adat mempunyai tanggungjawab yang tidak kurang pentingnya untuk merealisasikan pembaharuan dalam kalangan masayarakat sekali gus mencorak kehidupan lebih harmoni secara relistik.
Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob berkata, ketua-ketua adat merupakan orang yang bertanggungjawab menjaga adat resam dan keharmonian dalam kalangan masyarakat melalui pejabat Mahkamah Anak Negeri. Justeru itu katanya mereka yang dilantik mestilah memberi perkhidmatan kepada rakyat yang terbaik
![]() |
| Dr Yusuf (tengah) bersama ketua ketua adat yang menerima watikah perlantikan sempana majlis tersebut |
Saya berharap akan ada pembaharuan dan Perubahan. Anda semua adalah sorang yang menjadi pencorak menyarakat. Orang yang bertanggungjawab sebagai pengaman, sebagai contoh dan tauladan kepada masyarakat untuk membaiki keadaan dan membawa satu perubahan secara realistik,” katanya.
Beliau turut mengingatkan agar ketua adat menghindari diri daripada menjadi pelindung kepada sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan keselamatan seperti gejala sosisal.
“Hindarkanlah diri daripada menjadi pelindung kepada kegiatan-kegiatan yang bertentangan dengan undang-undang negara seperti Pengedaran dadah, pendatang tanpa izin (PATI), penyeludupan dan sebarang gejala social yang terdapat di kawasan masing-masing,” katanya pada majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ketua-ketua Adat bagi kawasan DUN N. 28 Sindumin, di Dewan Serbaguna Pekan Sipitang
Hj Kamis Daming yang dilantik sebagai Ketua Daerah mendahului senarai diikuti Lapan Ketua Anak Negeri (KAN), Enam Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) dan 39 Ketua Kampung.
Hadir sama, Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Datuk Sa'adilah Hj Abdillah, Pegawai Daerah Sipitang, Matlin Dullah, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Sindumin, Pg Mohd Yacob Pg Omar, PPM DUN Lumadan Hj Mahadi Hj Mumin, pemimpin parti dan Ketua-ketua Jabatan.
Dr Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin turut memperingatkan agar semua pemimpin tidak leka dan alpa kerana berpolitik.
“Tumpuan perlu diberikan terhadap tanggungjawab dan amanah yang dipikul dengan komited dan bukannya berpolitik sepanjang masa kerana ianya boleh melekakan,” katanya.
Beliau juga berharap agar mereka yang dilantik hendaklah bekerjasama dengan pegawai kerajaan, pemimpin masyarakat yang lain dan pemimpim NGO.








0 ulasan:
Catat Ulasan