![]() |
| Jamawi tengah bersama ahli kelab Lion Kelab 4x4 Tenom dan penduduk kampung Rundum pada majlis tersebut |
KEMABONG: Sejumlah RM247 juta diluluskan oleh kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah untuk projek infrastruktur asas utama di daerah Kecil Kemabong
Wakil rakyat kawasan Kemabong Jamawi Jaafar , berkata sejumlah besar peruntukan itu adalah bagi membina jalan raya luar bandar Kemabong Ke Kampung Rundum sejauah iaitu RM212 juta yang mana tandernya akan dikeluarkan pada bulan Julai tahun ini
"Selebihnya peruntukan itu ialah bagi menyediakan kemudahan bekalan elektrik luar bandar iaitu RM35 juta yang bakal dinikmati oleh penduduk kampung Rundum dan sambilan buah kampung yang lain yang berhampiran dimana projek ini tandernya akan dikeluarkan pada bulan April ini
![]() |
| Jamawi menyampaikan cendera kenangan kepada salah seorang ahli Kelab yang menjayakan program tersebut |
Menurut Jamawi apabila terlaksana dua projek mega ini ianya akan merubah landskap pembangunan di kawasan Rundum Highlands yang berpontensi untuk dimajukan dalam dua sektor iaitu pelancongan dan pertanian.
" Saya yakin dan percaya dengan terlaksananya kedua dua projek ini kawasan Rundum Highalnds dan sekitarnya akan berkembang maju dan ianya juga turut memberikan keselesaan kepada guru guru dan pelajar diempat buah sekolah di sekitar kawasan
![]() |
| Jamawi sempat berbincang bersama penduduk kampung yang menguruskan kedatangan pelancong ke kawasan itu |
Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan dengan tersedianya kemudahan asas ini taraf siso ekonomi rakyat juga akan dapat ditingkatkan.
" Rundum Highlands akan menjadi tumpuan pelancong dalam dan dari luar negara ,justeru rakyat perlu merebut peluang dengan mengusahakan pelbagai industri seperti kraftangan makanan dan budaya yang boleh dipasarkan kepada pelancong nanti" tambah Jamawi.
Dalam pada itu Jamawi juga berkata beliau telah memohon kepada kerajaan Pusat melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia agar pencawang telekomunikasi dapat di dirikan di kawasan Rundum bagi memboleh masyarakat di kawasan itu mendapat liputan komunikasi.
Jamawi turut merakamkan terima kasih kepada kerajaan Pusat khususnya Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah,Kementerian Kewangan disamping sokongan kerajaan negeri dibawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Shafiee Apdal yang memberikan kelulusan serta sokongan bagi membolehkan projek ini dapat dilaksanakan.
"Banyak lagi projek dan peruntukan akan diberikan oleh Kerajaan Pusat dan negeri kepada penduduk luar bandar, asalkan mereka terus menyokong kerajaan sedia ada," katanya









0 ulasan:
Catat Ulasan