![]() |
| Jamawi menerima cendera kenangan dari penganjur selepas merasmikan program tersebut |
di padang bandaran pekan Tenom.
![]() |
| Jamawi bersama para peserta yang menyertai program tersebut |
Salah satu tujuan program ini adalah untuk memupuk semangat bermain bolasepak di kalangan pemain wanita khususnya di daerah Tenom,
![]() |
| Sebahagian dari peserta yang menyertai program tersebut |
Program ini telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong Jamawi Jaafar yang turut dihadiri oleh Turut hadir adalah Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA), Andrew W. Majanggim, Pengarah Teknikal Bola Sepak Wanita FAM, Jacob Joseph dan Ketua Unit Akar Umbi FAM, Samuel Siew.
![]() |
| Jamawi turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan yang diadakan sempana program tersebut |
Seramai 359 peserta telah menyertai program ini yang bermula dengan festival akar umbi bolasepak untuk peserta umur 6-12 tahun pada sesi pagi dan berakhir dengan kejohanan B-14 dan kategori terbuka. Aktiviti khas bolasepak 3-a-side telah dianjurkan untuk 28 orang ibu
Terdahulu berucap merasmikan program tersebut Jamawi yang juga Presiden Kelab JJFC Tenom turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada FAM dan SAFA kerana memilih daerah Tenom sebagai tuan rumah sambutan untuk tahun ini.
Menurut Beliau dengan adanya program seperti ini ianya dapat menyemarakkan sukan bola sepak khususnya di kalangan pemain wanita di daerah ini.
"Saya yakin dan percaya dengan adanya program seperti ini disamping kejohanan bola sepak melibatkan golongan wanita ,bukan sahaja boleh menyemarakkan sukan bola sepak namun kita dapat mencungkil bakat baru dalam sukan ini untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih jauh " katanya.










0 ulasan:
Catat Ulasan