Ahad, 31 Mac 2019

ADUN KEMABONG RAIKAN ROMBONGAN KROM


KAYUHAN..Jamawi (tiga dari kiri) bersama Pengarah Giat Mara Sabah Haji Salfee dan Ketua Rombongan Ustaz Ramli dan ahli ahli rombongan. Melakukan kayuhan bersama di sekitar Kilang Kopi Yit Foh.

DIRAIKAN Rombongan Kelab Pemilik Basikal Retro Membakut (KROM) seramai 26 orang yang diketuai oleh pengerusinya Ustaz Ramli Haji Daud telah diraikan dalam satu majlis oleh Ahli dewan Undangan negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar di Kilang Kopi Yit Foh Tenom pada pagi Sabtu lepas.

ALBUM KENANGAN Jamawi (tengah) bersama rombongan KROM merakamkan gambar kenangan 

Rombongan yang dalam rangka lawatan ke daerah Tenom sempat menjelajah beberapa buah tempat menarik di daerah ini selain  pada sebelah malamnya turut mengadakan kuliah Maghrib anjuran KROM dengan kerjasama  Badan Masjid Ar-Rahman  daerah Tenom dimana kuliah maghrib disampaikan oleh Mufti Negeri Sabah  SS Datuk Ustaz Bungsu@Aziz Jaafar di masjid Ar-Rahman Pekan Tenom.


SILATULRAHIM..Jamawi bersama Mufti Negeri Sabah Ustaz Aziz dan rombongan KROM merakamkan gambar kenangan selepas kuliah maghrib di Masjid AR Rahman Tenom.

Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan pada sebelah malamnya turut meraikan rombongan dalam satu majlis makan malam di masjid Ar-Rahman Tenom

RETRO..Mufti Negeri Sabah SS Datuk Aziz bersama rombongan dengan pakaian retro mereka dalam lawatan ke sekitar Pekan Tenom.

Turut serta dalam rombongan tersebut Pengarah Giat Mara Sabah yang juga Ahli (KROM) Haji Saflee Haji AG.Damit,Pengerusi Masjid Ar Rahaman Surimi Magi Dan ahli jawatankuasa masjid Ar-Rahman Tenom.










0 ulasan:

Catat Ulasan