Rabu, 27 Februari 2019

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA KONSUL INDONESIA DI SABAH



Jamawi sambil diperhatikan ahli jawatankuasa dewan perniagaan Cina Daerah Tenom menyampaikan cendera kenangan kepada Ibu Rimah semasa majlis tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Makan tengahhari dan ramahmesra Ahli Jawatankuasa Dewan Perniagaan Cina Tenom bersama Ibu Rima Diah, Konsul Indonesia Kota Kinabalu.

Ibu Rima menjemput jawatankuasa untuk berkunjung ke Jakarta dan Bandung Indonesia.. bagi melihat peluang kerjasama perniagaan dan pelancongan antara Bandung & Rundum Highlands kelak..
Bandung juga punyai cuaca sejuk seperti Rundumhighlands... Memang onsoi la ni kan?
Semasa majlis tersebut Ibu Rimah Diah turut menjemput ahli jawatankuasa Dewan Perniagaan Cina Daerah Tenom untuk berkunjung ke Jakarta dan Bandung Indonesia untuk melihat peluang kerjasama perniagaan dan industri pelancongan antara Bandung dan Rundum Highlands yang beliau sifatkan memiliki ciri persamaan terutamanya dari keadaan iklimnya yang sejuk.

Menyahut undangan tersebut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Sabah berkata ahli jawatankuasa dewan perniagaan Cina atau mana mana pihak yang berminat dalam industri pelancongan khususnya di daerah kecil Kemabong dan Tenom boleh memanfaatkan undangan tersebut untuk mempelajari bagaimana industri pelancongan di Indonesia khususnya di Bandung boleh dibangunkan dan dimajukan sebagai produk untuk menjana ekonomi .

Jamawi dan Ibu Rimah(tengah) merakamkan gambar kenangan bersama ahli jawatankuasa dewan perniagaan Cina Daerah Tenom

0 ulasan:

Catat Ulasan