![]() |
| Burnley empat dari kiri memanggang jalur gemilang sebagai simbol pelancaran konvoi kelab Lions dan 4x4 tersebut |
TENOM: Golongan belia disaran melibatkan diri dalam pelbagai program kemasyarakatan yang dianjurkan di kawasan masing-masing.
Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kawasan Kemabong Burnley Balang berkata penyertaan mereka dalam aktiviti kemasyarakatan dapat menjauhkan mereka daripada gejala tidak sihat.
![]() |
| Burnley (Kiri) bersama ahli rombongan Kelab Lions Dan 4x4 Tenom bersama penduduk Kapulu salah sebuah kampung yang terlibat dalam program tersebut |
Selain dari itu menurut beliau , penglibatan belia dalam program tersebut mampu memupuk semangat kerjasama, menabur bakti untuk masyarakat dan menghidupkan budaya dan semangat kekitaan.
“Penyertaan program kemasyarakatan seperti gotong-royong adalah sangat terpuji kerana bukan sahaja memupuk sikap tolong-menolong tetapi dapat menabur bakti kepada masyarakat,” katanya ketika ditemui selepas mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar melepaskan konvoi khidmat masyarakat Kelab Lions Dan Kelab 4x4 yang mengadakan program khidmat masyarakat di tiga buah kampung iaitu Kapulu,Rundum dan Sumambu dalam kawasan DUN Kemabong di perkarangan Dewan Masyarakat Datuk Seri Panglima Antenom baru baru ini.
![]() |
| Burnley menerima cendera kenangan dari wakil penduduk kampung Kapulu selepas mewakili ADUN Kemabong Jamawi Jaafar ketika merasmikan program tersebut di kampung Kapulu |
Program yang diketuai oleh Pengerusi Kelab Lions Tenom Dr Tan Tai Kun itu turut disertai oleh ahli ahli Kelab Lions dari beberapa daerah Kota Kinabalu ,Keningau,Papar,Miri dan Brunei disamping ahli ahli kelab 4x4 Tenom.
Sepanjang berkampung di tiga buah kampung ini kelab tersebut turut mengadakan perkhidamatan kesihatan dan juga kerja kerja kemasyarakatan.
Jelas Burnley , golongan belia perlu terus proaktif dalam penganjuran aktiviti berbentuk kemasyarakatan, sosial dan kebajikan sebagaimana yang dilaksanakan oleh kelab Lions tersebut
" Kegiatan kelab Lions Lebih tertumpu kepada program kesihatan ,namun belia setempat boleh berkerjasama dalam bentuk khidmat masyarakat yang lain seperti gotong royong membersihkan kawasan kampung bangunan sekolah dan sebagainya" tambah Burnely
![]() |
| Burnley (Berdiri belakang) ketika memerhatikan seorang ahli kelab mengunting rambut penduduk di kampung Kapulu |
Selain itu tambah Burnley, golongan belia berdepan pelbagai cabaran dalam dunia tanpa sempadan ini harus mempunyai nilai jati diri kuat menangkis segala anasir negatif.
Beliau turut menggesa penduduk kampung agar terus bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan kerana mampu menggerakkan pelbagai aktiviti dirancang termasuk program gotong-royong.
“Dengan adanya kerjasama dan sokongan yang baik daripada penduduk kampung akan lebih memudahkan bantuan disalurkan oleh kerajaan,” jelasnya.










0 ulasan:
Catat Ulasan