![]() |
| Jamawi (dua dari kanan) bersama isteri merakamkan gambar kenangan bersama pengantara program Emran Azmie Rosle(dua dari kiri) selepas rakaman tersebut |
KINABALU: Lebih dari RM 4 juta diperuntukkan untuk pelbagai projek pembangunan infrastruktur di daerah kecil Kemabong tahun ini.
Wakil Rakyatnya Jamawi Jaafar berkata dari jumlah tersebut sebanyak RM 212 juta untuk menaik taraf jalanraya dari Pekan Kemabong ke kampung Rundum dan naik taraf jalanraya kampung Ulu Tomani sebanyak RM179 juta .
Selebihnya RM 35 juta untuk bekalan elektrik luar bandar yang bakal memberikan kemudahan kepada penduduk kampung Rundum,Samambu dan Bingkoi dan sekitarnya sementara RM30 juta untuk membina bangunan baru Sekolah Kebangsaan Kemabong.
"Dengan terlaksananya projek projek pembabgunan ini nanti bukan sahaja memberikan kemudahan asas yang lebih selesa kepada rakyat di kawasan ini sekali gus menyumbang kepada peningkatan taraf siso ekonomi rakyat setempat melalui penglibatan mereka dalam sektor pertanian dan pelancongan yang berpotensi untuk dimajukan di kawasan ini" kata ketika ditemui media selepas menjadi tetamu rancangan. "Bah Apa Cerita " terbitan RTM Sabah di Kompleks Bersepadu RTM Kepayan kemarin.
![]() |
| Jamawi (kanan) ketika diwawancara pengantara program Bah Apa Cerita Emran Azime Rosle |
Dalam pada itu menurut Jamawi peruntukan sebanyak RM 30 juta untuk pembinaan bangunan baru SK Kemabong mampu memperkasakan model insan sekali gus dapat memberikan kemudahan pendidikan yang lebih selesa kepada para pelajar di kawasan ini.
Dalam perkembangan lain Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong kerajaan berharap satu ketika nanti daerah kecil Kemabong akan dinaik taraf menjadi daerah penuh .
" Saya yakin dengan adanya peningkatan kemudahan insfrastruktur asas yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan daerah ini,menjadi pemangkin daerah ini bergerak maju ke hadapan
Sektor pertanian dan pelancongan dua sektor boleh dikembangkan bagi memberikan peluang pekerjaan kepada golongan belia dari berhijrah ke bandar sementara pelabur dan peniaga akan membuka kedai kedai perniagaan mereka di daerah ini menjadi pendorong kepada pertambahan penduduk yang melayakkan daerah kecil ini berstatus daerah penuh satu ketika nanti" katanya.
Keyakinan Jamawi bertambah dengan adanya sokongan serta kerjasama daripada pegawai pegawai kerajaan serta rakyat di kawasan ini yang memberikan anjakan paradigma untuk membantu usaha usaha kerajaan negeri dan Pusat mengerjakan Pelangai dasar dan program yang disediakan oleh kerajaan.








0 ulasan:
Catat Ulasan