Sabtu, 9 Mac 2019

MPKK DIMINTA MANTAPKAN PERANAN SEBAGAI NADI UTAMA KEMAJUAN KAMPUNG


Hajah Johair (tujuh dari kanan) bersama sebahagian dari penduduk kampung yang menyertai gotong royong tersebut.

BEAUFORT: Ahli jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di daerah ini perlu bekerjasama untuk memperkasa dan memantapkan lagi kredibiliti mereka sebagai nadi utama serta tulang belakang kemajuan kampung.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat kawasan Kilas Hajah Johair Matlani berkata, inisiatif ini adalah selaras dengan matlamat kerajaan m iaitu mentransformasikan (MPKK) sebagai agen perubahan.


“MPKK sebenarnya bertanggungjawab ke atas kemajuan masyarakat dan kampung, menyatupadukan penduduk serta membina kehidupan masyarakat kampung yang selamat dan sejahtera,” katanya ketika berucap melancarkan program gotong royong. anjuran penduduk Kampung Kinamam, Klias Kecil dekat sini baru baru ini

Hajah Johair luangkan masa melawat keadaan jeti di kampung tersebut yang memerlukan pembaikan 

Menurut beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Parti Warisan Sabah , pelbagai pendekatan juga telah dan akan diambil seperti penyediaan profil kampung dan menyimpan maklumat asas kampung untuk tujuan perancang kampung yang menyeluruh.

“Selain itu, program berbentuk kursus dan seminar pembangunan desa mengenai inisiatif semasa kerajaan turut diadakan supaya dapat dimanfaatkan oleh masyarakat setempat"katanya

Tambah Johir lagi kerajaan sentiasa memperkasakan peranan MPKK agar selari dengan dasar kerajaan yang ingin membawa perubahan terutamanya dalam aspek pembangunan di luar bandar agar rakyat benar benar dapat menikmati perubahan tersebut.

Mengulas program tersebut Ketua Pergerakan Wanita Parti Warisan Parlimen Beaufort ini juga berkata ianya merupakan wadah terbaik bagi penduduk setempat menjalin kerjasama serta hubungan muhibah di kalangan masyarakat setempat .

" Program gotong royong seperti ini perlu menjadi amalan penduduk setempat bukan sahaja sebagai wadah menjalin perpaduan di kalangan mereka namun dapat mengatasi masalah penduduk kampung tanpa bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan" katanya

Selepas

0 ulasan:

Catat Ulasan