Isnin, 4 Mac 2019

ROYALTI MINYAK TUN MAHATHIR DIHARAP SELAMI HARAPAN RAKYAT SABAH

Royalti minyak diharap kerajaan pusat selami harapan rakyat Sabah

KOTA KINABALU : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong, Jamawi Jaafar meminta kebijaksanaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mempertimbangkan harapan  rakyat Sabah berhubung perjanjian royalti minyak.

Beliau berkata, isu perjanjian minyak antara kerajaan negeri dan pusat pada tahun 1976 yang hanya memberikan royalti sebanyak lima peratus kepada kerajaan negeri sebagai negeri pengeluar minyak sudah tidak sesuai dengan keperluan semasa .

Menyamakan prinsip Tun Mahathir dalam kenyataan medianya berhubung harga RM0. 03 untuk 1,000 gelen air mentah yang dijual kepada Singapura, Jamawi berkata beliau (Mahathir)) tidak mengemari perkara itu.

"Beliau (Mahathir) sejak mula mentadbir sebagai Perdana Menteri sering mempersoalkan  harga air mentah yang dijual kepada Singapura yang tidak berubah sejak 1962.

" Tun baru baru ini dalam kenyataannya di media arus perdana berkata harga 3 sen untuk 1000 gellan tidak masuk akal dan wajar untuk dikaji semula dan bersedia membawa isu ini ke mahkamah antarabangsa," katanya.

Jelas Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri berkata, negara kaya bergantung kepada negara miskin dan Singapura jelas mengeksploitasikan air negara.

Beliau turut memahami dan menyokong apa yang disuarakan oleh Tun Mahathir  dan mengharapkan pula beliau (Mahathir) memahami perasaan serta harapan  rakyat Sabah dalam isu perjanjian minyak antara kerajaan negeri dan pusat sebelum ini.

" Nilai lima peratus tersebut juga sudah tidak relevan digunapakai ketika ini,memandangkan tuntutan oleh kerajaan negeri melalui Ketua Menteri Datuk Seri Shafiee Apdal sekurang kurangnya 20 peratus royalti minyak dapat diberikan kepada negeri sabah" katanya
ketika ditemui selepas menghadiri Program Eksekutif Khas Ahli Parlimen dan Adun Sabah bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafiee Haji Apdal dan pengarah Agensi Agensi Persekutuan di Sabah di sini pagi kemarin.

Tambah Jamawi tuntutan sebanyak 20 peratus oleh kerajaan negeri dilihat amat wajar memandangkan pelbagai usaha dan tanggungjawab dalam menyediakan infrastruktur asas kepada rakyat Sabah harus dilaksanakan oleh kerajaan negeri ketika ini.

"Kita mengharapkan kerajaan pusat dapat mengambil  perhatian serius tuntutan tuntutan ini dan juga apa apa perkara dalam MA63 yang harus dikembalikan kepada negeri ini agar hasil bumi Sabah dapat dinikmati oleh keseluruhan rakyat  Sabah seadilnya" katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan