![]() |
| Jafry semasa memberi taklimat kepada ahli jawatankuasa UMNO bahagian semasa lawatan ke UMNO bahagian Papar |
Jelas beliau, penyusun semula bahagian bahagian Umno di dua puluh lima bahagian di Sabah ternyata membuktikan bahawa parti keramat ini masih relevan dan dapat disusun semula dengan adanya pemimpin dan ahli parti yang masih setia dalam perjuangan.
“Berdasarkan kepada keupayaan kita (Umno Sabah) menyusun semula di kesemua bahagian di negeri ini ,akuilah bahawa UMNO masih relevan dan ini sekali gus menafikan tanggapan sesetengah pihak yang menganggap UMNO telah terkubur di Sabah ,
Saya yakin dan percaya, sekiranya kita melakukan perubahan dalam semua aspek kepimpinan parti, sudah pasti UMNO akan pulih dan akan bangkit menjadi parti yang penting dalam negara ini" katanya
Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan lawatan kerja bersama kepimpinan UMNO Sabah ke bahagian Papar dan Kimanis baru baru ini.
Lawatan yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi UMNO Sabah Datuk Yakub Khan itu juga turut disertai oleh Bendahari UMNO Sabah Suhaimi Haji Nasir ,Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Raime Unggi dan saf kepimpinan UMNO Sabah Pergerakan Wanita Pemuda dan Puteri
Menurut Jafry memang diakui UMNO dan BN telah kalah pada PRU-14 yang lalu tetapi UMNO dan BN harus segera bangkit dari apa yang telah dilalui.
Justeru tegas Jafry,semua pihak harus berkeyakinan bahawa UMNO masih sebuah parti yang terbaik dan mampu membawa kebaikan kepada rakyat.
Beliau turut melahirkan harapan agar akar umbi parti di semua peringkat terus bersatu, seia dan sekata dalam berhadapan dengan cabaran membina kembali parti UMNO.
“Jadi yakinlah, jika kita bersepakat dan yakin dengan perjuangan kita dengan meletakkan kepentingan parti lebih dari lain maka kita akan bangkit dan jadi parti yang lebih hebat.
Mengulas penyusunan semula bahagian bahagian Umno di negeri ini Jafry berkata tahap keyakinan ahli kepada UMNO masih utuh apalagi dengan penampilan pemimpin pemimpin muda yang lebih berwibawa memimpin beberapa bahagian yang ada di negeri ini.
" Kita hormati keputusan beberapa pemimpin bahagian yang menyertai parti yang lain nak pepatah " Patah tumbuh hilang berganti" dan yakin menganti ini adalah mereka yang ikhlas perjuangan untuk kepentingan parti,agama bangsa dan negara " katanya








0 ulasan:
Catat Ulasan