TENOM: Sejumlah RM10,500.00 hadiah keseluruhan bakal menjadi rebutan pasukan sepak takraw di negeri ini termasuk dari Semenanjung Malaysia dalam kejohanan Sepak Takraw Terbuka Tenom piala JJ 2019.
Pengerusi Penganjur kejohanan Wak Sugiyanto Tarimo (gambar kecil) berkata kejohanan anjuran bersama Pejabat Perhubungan ADUN N.36 Kemabong dengan kerjasama Astaka Daerah Tenom ini akan berlangsung pada 23-24 Mac ini di Dewan Kompleks Sukan Tenom.
![]() |
| Wak Sugiyanto Tarimo Pengerusi Penganjur Kejohanan |
Menurut beliau Johan keseluruhan akan menerima hadiah wang tunai RM5,000.00 bersama piala ,Naib Johan Wang Tunai RM2,500.00 berserta stand medal sementara tempat ketiga dan ke empat juga akan menerima hadiah wang tunai RM1500.00 dan Stand Medal.
" Kita mengharapkan pasukan pasukan sepak takraw khususnya dari seluruh daerah di negeri ini tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai kejohanan ini dan dalam masa yang sama ,kita akan menilai bakat bakat baru dalam sukan ini untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih jauh" katanya ketika di hubungi di sini kelmarin.
![]() |
| Ahli Dewan Undangan Negeri N.35 Kemabong Jamawi Jaafar dijangka akan merasmikan kejohanan ini |
Menurut beliau yang juga Timbalan Presiden Astaka daerah Tenom kejohanan yang sepenuhnya ditaja oleh Wakil Rakyat kawasan Kemabong Jamawi Jaafar ini adalah selaras dengan aspirasi beliau untuk mengangkat sukan sepak takraw ke tahap yang lebih tinggi selain mahu melibatkan golongan belia dalam aktiviti sukan bagi menghindari golongan ini terjebak dengan kegiatan yang tidak berfaedah .
Bagi pasukan yang ingin menyertai kejohanan ini mereka boleh menghubungi Sugiyanto Tarimo di talian 013 8516198,Wajahim Simon 013 8501365 dan Abdul Rashid Chin 010 5873633 untuk mendapatkan borang dan keterangan lanjut pernyataan dimana setiap pasukan yang ingin menyertai kejohanan ini dikenakan yuran penyertaan RM300.00 untuk satu pasukan.
Majlis perasmian kejohanan ini dijangka akan disempurnakan oleh Jamawi yang juga Presiden ASTAKA Daerah Tenom









0 ulasan:
Catat Ulasan