Rabu, 27 Mac 2019

Amalan turun padang wajar dipratikan setiap agensi kerajaan:Jamawi


Jamawi menerima cendra kenangan semasa beliau melawat salah sebuah agensi kerajaan yang menyertai pemeran tersebut

TENOM: Amalan turun padang wajar dipraktikkan oleh setiap agensi kerajaan di negara ini kerana ia diyakini mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di peringkat akar umbi .

Jamawi menerima cendera kenangan dari penganjur selepas merasmikan program tersebut

Ahli Dewan Undangan negeri kawasan Kemabong  berkata melalui pendekatan itu segala usaha dan inisiatif yang diwujudkan kerajaan mampu disampaikan terus kepada golongan sasar.

Jamawi memerhatikan isterinya menampilkan beras di salah sebuah rumah tradisi yang dilawati sempana program tersebut

Disamping itu katanya segala keperluan rakyat dapat diketuai termasuk mengenal pasti bentuk bantuan yang sesuai untuk disalurkan kepada mereka.

"Apa yang kita perlukan adalah segala inisiatif kerajaan membabitkan bantuan rakyat dan apa saja kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dapat disampaikan bukan sahaja sekadar di majlis majlis perayaan rasmi tertentu tetapi turut merangkumi usaha turun padang seperti lawatan rumah ke rumah"

"Semua ini tidak akan terhasil tanpa adanya usaha seperti ini dan akhirnya segala bantuan dan perancangan kerajaan akan menjadi sia-sia kerana  maklumat langsung tidak sampai kepada masyarakat terutamanya di luar bandar " katanya

Jamawi dan isteri merakamkan gambar kenangan bersama masyarakat Murut yang memakai pakaian tradisi sempana program tersebut

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan pemeran jabatan jabatan kerajaan dan rumah tradisi etnik Murut sempana sambutan Pesta Kalimaran di Pusat Kebudayaan Murut Melalap Tenom pada  rabu

Jamawi tertarik dengan kraftangan yang dipemarkan disalah sebuah rumah tradisi sempana program tersebut

Menurut beliau usaha penganjur pesta tersebut memasukkan program Pemeran dari jabatan dan agensi kerajaan merupakan pendekatan terbaik dimana orang ramai selain berkongsi kemeriahan sambutan boleh meluangkan masa untuk melawat gerai gerai pemeran jabatan dan agensi kerajaan bagi mendapatkan maklumat berhubung dengan fungsi jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat terutamanya peluang peluang bantuan khidmat nasihat yang boleh disalurkan oleh jabatan berkaitan kepada masyarakat.

Mengenai pemeran rumah rumah tradisi etnik Murut di pemeran itu Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan berkata, usaha ini juga perlu diteruskan  kerana ia turut memperkenalkan budaya serta adat resam suku kaum Murut kepada masyarakat luar terutamanya pelancong asing untuk mengenali lebih dekat kehidupan masyarakat Murut.

" Pemeran pemeran seperti ini seperti kraftangan budaya dan lain lain turut menjana sektor pelancongan negara khususnya di daerah ini" katanya .

Tambah Jamawi pemeran rumah rumah tardisi juga boleh mendedahkan kepada generasi muda tentang adat dan budaya selain peralatan yang digunakan oleh nenek moyang sebelum ini .

" Kebanyakan golongan muda lebih terdedah kepada kemodenan sehingga ada di kalangan mereka kurang mengenali budaya adat resam, peralatan yang digunakan oleh nenek moyang kita sebelum ini,justeru dengan adanya pemeran sebegini mereka akan memperolehi maklumat dan akan terus mempertahankan serta melestarikan budaya yang menjadi warisan ini" katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan