Khamis, 14 Mac 2019

DAERAH KECIL KEMABONG PERLUKAN BALAI BOMBA


Jamawi (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Pegawai Penguasa Bomba Daerah Tenom Zainal Senisian dan pegawai pegawai kanan Bomba Daerah Tenom selepas kunjungan tersebut

TENOM : Daerah kecil Kemabong memerlukan sebuah Balai Bomba dan Penyelamat berikutan pertambahan penduduk selain jika berlaku kebakaran kebergantungan bantuan memadam hanya diperolehi dari Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tenom yang jaraknya kira kira  32 km dari Kembong .

Jamawi menerima cendera kenangan dari Pegawai Penguasa Bomba Daerah Tenom Zainal selepas kunjungan tersebut.Turut hadir Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kemabong Burnley Balang (tiga dari kanan)

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata, untuk jangka masa yang panjang dengan kepesatan pembangunan terutamanya dalam sektor pelancongan dan pertanian  dijangka akan berkembang maju di daerah kecil ini , sudah pesti keperluan untuk mewujudkan sebuah Balai Bomba di daerah ini wajar mendapat perhatian dan pertimbangan dari pihak kerajaan pusat.

" Kita telah mengemukakan cadangan serta permohonan ini kepada kerajaan untuk pertimbangan lanjut dan adalah menjadi harapan saya dan masyarakat di sini ianya dapat dilaksanakan kelak" katanya.

Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan  berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Pegawai Penguasa Bomba Daerah Tenom Zainal  Senisian bersama pegawai pegawai kanan Bimbo daerah Tenom di Pejabat Pusat Khidmat masyarakat ADUN  Kemabong dekat sini pagi kemarin.

Hadir sama Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kemabong Burnley Balang.

Dalam pada itu menurut Jamawi bagi menunggu kelulusan dari kerajaan untuk pembinaan sebuah balai Bomba di Kemabong perbincangan beliau bersama Pegawai Penguasa Bomba Daerah Tenom bersetuju untuk menubuhkan pasukan bomba rela di setiap komuniti  kampung di kawasan tersebut.

" Pasukan bomba sukarela ini yang terdiri dari penduduk kampung akan diberikan bantuan peralatan disamping latihan bagi menangani sekiranya berlaku kes kes kecemasan dan kebakaran  di kampung masing masing" katanya.

Menurut Jamawi penubuhan bomba sukarela ini adalah alternatif awal bagi membantu penduduk kampung yang menghadapi isu isu kecemasan disebabkan lokasi antara kampung ke kampung di kawasan ini berjauhan.

" Dengan adanya bomba sukarela ini pasukan boleh digerakkan awal bagi membantu kes kes kecemasan dan kebakaran sebelum kedatangan pasukan Bomba memberikan bantuan " katanya



0 ulasan:

Catat Ulasan