![]() |
| UMNO Sabah bersedia Bung |
KOTA KINABALU: UMNO Sabah bersedia menghadapi Pilihanraya kecil sekiranya akan berlaku di dua buah kawasan Parlimen di negeri ini iaitu di Sipitang dan Kimanis .
Pengerusinya Dato' Sri Bung Moktar Radin (gambar kecil)berkata sekiranya Mahkamah telah memutuskan untuk mengadakan PRK di dua kawasan ini ,UMNO Sabah sentiasa dalam keadaan siap siaga menghadapinya.
" Mahkamah belum memutuskan sebarang keputusan bagi kes ini,bagaimana pun kita (UMNO Sabah ) bersedia menghadapi sebarang kemungkinan " katanya ketika ditemui di sini dan diminta mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan Putrajaya yang memerintahkan perbicaraan petisyen pilihanraya diadakan bagi kerusi Parlimen Sipitang dan Kimanis yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional pada pilihanraya umum ke 14(PRU14) baru baru ini.
![]() |
| Bung bersama rombongan UMNO Sabah melawat PDM semasa PRK Semenyih baru ini. |
Sebelum ini calon parti Warisan pada PRU ke 14 bagi Parlimen Sipitang Noor Hayaty Mustapa dan calon Parti Warisan Parlimen Kimanis Datuk Karim Bujang memailkan petisyen bagi membatalkan kemenangan Yamani Hafez calon BN di Parlimen Sipitang dan Datuk Anifah Haji Aman di Parlimen Kimanis
Menurut Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO walaupun terlalu awal bercakap soal PRK di dua buah kawasan ini namun dalam apa keadaan UMNO Sabah telah bersedia ini termasuklah menyelasaikan penyusuan semula ahli jawatankuasa UMNO di 25 bahagian di negeri ini termasuk di bahagian Sipitang dan Kimanis.
![]() |
| Bung bersama pengundi dan jentera BN semasa PRK di DUN Semenyih baru baru ini |
Diminta mengulas kemenangan BN dalam PRK di dewan undangan negeri Semenyih baru baru ini Bung berkata, kemenangan tersebut adalah pembakar semangat bagi BN meneruskan perjuangan membela rakyat
Katanya kemenangan ini merupakan manifestasi kepada kebangkitan rakyat menentang kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang gagal melaksanakan amanahnya membela rakyat termasuk memungkiri janji sebagaimana yang terkandung dalam manifesto PH sebelum ini.
Beliau yang mengetuai BN/UMNO Sabah berkampung selama dua minggu di Semenyih bagi membantu jentera BN berkempen di PRK Semenyih baru baru ini berkata kebangkitan rakyat khususnya di kawasan itu menampakkan sentiman jelas yang rakyat tidak puas hati terhadap prestasi kerajaan PH.









0 ulasan:
Catat Ulasan