Ahad, 17 Mac 2019

BERI PENDIDIKAN AWAL BAHAYA NAJIS DADAH KEPADA PELAJAR SEKOLAH:JOHAIR

Hajah Johair menyampaikan cendera kenangan kepada salah seorang pelajar yang menyertai program tersebut

BEAUFORT:Penglibatan pelajar dalam kes penyalahgunaan dadah merupakan satu perkara yang perlu dipandang serius.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) kawasan Klias Hajah Johair Matlani berkata semua pihak perlu berganding bahu bagi membendung perkara ini agar gejala penagihan dadah tidak menjadi ancaman besar kepada pelajar sekolah sehingga menjejaskan masa depan mereka.



"Golongan pelajar mudah terjebak dengan gejala sosial jika tidak diberikan perhatian awal, mereka akan terpengaruh ,justeru pendedahan dan pendidikan awal mengenai bahayanya dadah kepada mereka merupakan pendekatan terbaik agar mereka tidak terlibat dengan gejala ini "katanya ketika berucap merasmikan penutupan program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR) di dewan Sk Mempagar dekat sini kelmarin.


Hajah Johair (tengah) mengabadikan gambar kenangan bersama AADK guru guru dan para pelajar yang menyertai program tersebut

Program anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dengan kerjasama Sk Mempagar dan Jabatan Pelajaran Beaufort itu disertai seramai 50 orang pelajar darjah lima dan enam yang berlangsung selama tiga hari dua malam.



Johair yang juga Ahli Majlis Tertinggi parti Warisan Sabah yakin melalui aktiviti yang dianjurkan ini  mampu menguatkan mental serta fizikal mereka supaya menjauhi dadah ataupun gejala sosial.

Menurut beliau para pelajar perlu mengembangkan dan menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan sihat daripada terjebak dengan penagihan dadah pada peringkat sekolah.



Dalam pada itu Johair juga meminta ibubapa agar sentiasa mengawasi tingkah lakunya anak mereka terutamanya selepas waktu persekolahan bagi mengelak daripada  terjerumus dengan gejala sosial

" Ibubapa juga perlu memberikan penekanan kepada pendidikan ilmu agama dan moral bagi memberi petunjuk dan pedoman kepada anak anak mereka menempuh kehidupan penuh dengan cabaran ini" katanya
"I


0 ulasan:

Catat Ulasan