Selasa, 2 April 2019

GERAKAN DAKWAH PERLU DISATUKAN :KETUA BELIA USIA


Jamawi sambil disaksikan Pengerusi Masjid Ar Rahman Suraimi Magi menyampaikan cendera kenangan kepada Mufti Kerajaan Sabah SS Datuk Aziz Bungsu selepas majlis tersebut

TENOM: Penglibatan pelbagai pihak untuk melakukan gerak kerja dakwah memerlukan kesepakatan dan cara membentuk kesepakatan adalah menerusi hubungan baik antara agensi dakwah yang terdapat di negara ini.

Ketua Badan Belia Usia Sabah Jamawi Jaafar berkata, kekuatan Islam dalam usaha dakwah dan sunah Rasulullah SAW itu hanya akan dapat dilaksanakan sekiranya wujud kesepakatan dalam ikatan ukhuwah Islamiah.

"Untuk itu, jalinan persahabatan yang kukuh dan kerjasama erat antara badan bukan kerajaan (NGO) yang melaksanakan usaha dakwah perlu ‘disatukan’"

Jalinan ukhuwah yang baik ini sangat diperlukan dalam membentuk sebuah kerangka dakwah lebih baik, dalam masa sama dapat membantu mengukuhkan institusi Islam di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meraikan rombongan Kumpulan Kelab Pemilik Basikal Retro (KROM) dari kampung Pimping Membakut yang menganjurkan program Kuliah Maghrib bersama Jawatankuasa masjid Ar Rahman dekat sini baru baru ini.

Jamawi(tengah) merakamkan gambar kenangan bersama rombongan KROM dan jawatankuasa masjid Ar Rahman Tenom selepas majlis tersebut

Kuliah Maghrib yang disampaikan  oleh Mufti Negeri Sabah Datuk SS Ustaz Aziz Bungsu itu turut dihadiri oleh Pengerusi Masjid Ar Rahman  Tenom Suraimi Magi,Pengarah Giat Mara Sabah Saflee Ag.Damit dan Ketua Rombongan KROM Ustaz Ramli Haji Daud

Menurut Jamawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kemabong, penganjuran majlis itu sememangnya platform terbaik dan membuka ruang untuk semua NGO Islam bertemu serta membentuk sebuah hubungan baik, seterusnya bersatu dalam melaksanakan usaha dakwah di negara ini.

“Dalam majlis  ini sudah tentu memberikan ruang kepada badan badan NGO Islam melontarkan idea dan pandangan yang cukup menarik bagi meningkatkan syiar Islam" katanya

Jamawi turut menyampaikan cendera hati kepada salah seorang ahli rombongan KROM yang juga Pengarah Giat Mara Sabah Saflee Ag.Damit

Jamawi berharap program program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang di seluruh masjid dan Surau di negeri ini yang sudah tentu dapat menyemarakan lagi syiar Islam di negeri ini



0 ulasan:

Catat Ulasan