![]() |
| Hajah Johair turut serta menambang pokok semasaenyertai gotong royong perdana di Sk Kebulu Beaufort |
BEAUFORT - Semangat Gotong-royong merupakan satu amalan tradisi masyarakat yang semakin dilupakan malah kurang dipraktikkan dalam gaya hidup moden masa kini.
Pemimpin Pembangunan Masuarakat Kilas Hajah Johair Matlani berkata kebaikan amalan gotong-royong bukan sahaja dapat memudahkan kerja tetapi menerapkan sikap bertanggungjawab selain mengeratkan silaturahim dalam sesebuah komuniti.
" gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi mengukuhkan persaudaraan dan semangat kekitaan peserta dan penduduk setempat" kata ketika ditemui selepas mewakili Menteri Pelajaran dan Invoasi Sabah Datuk Dr.Yusuf Yacub merasmikan program gotong royong Perdana membersihkan kawasan sekolah Sk Kebulu dekat sini baru baru ini.
![]() |
| Hajah Johair (tengah) bersama masyarakat Islam setempat semasa menyertai program gotong royong membersihkan bangunan dan kawasan masjid Jamik Kebatu |
Program tersebut dianjurkan oleh Sk Kebulu dengan Kerjasama PIBG Sk Kebulu yang turut dihadiri oleh Guru Besar Sk Kebulu Siti Salmiah Bt Omarali serta ibubapa pelajar di sekolah tersebut
Menurut Hajah Johair yang juga Ahli majlis tertinggi parti Warisan Sabah melalui semangat maufakat antara pihak sekolah dan ibubapa bukan sahaja kawasan sekolah indah, ceria dan bersih juga dapat menghapus serta membanteras penularan penyakit berjangkit seperti demam denggi.
“Kita lihat semua yang hadir berganding bahu mengindahkan kawasan persekitaran seperti menanam pokok bunga, membersihkan longkang dan menebas semak-samun bagi mewujudkan suasana positif dan selamat" katanya
Tambah Hajah ajohaor pendekatan gotong-royong bersama-sama penduduk jarang sekali dilihat diamalkan di sesetengah tempat khususnya dalam bandar sudau tentu melalui program seperti ini dapat mengambil inisiatif menghidupkan semula budaya bergotong royong
Selepas melancarkan program tersebut Hajah Johair juga turut berkesempatan menyertai masyarakat Islam setempat bergotong royong membersihkan bangunan dan kawasan masjid Jamik di Kampung Kebatu yang mana program tersebut anjuran bersama Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Klias dengan kerjasama Badan Masjid Jamil kampung Kebatu Kebidang ,RELA dan KRT kampung Kebatu/Kebidang








0 ulasan:
Catat Ulasan