Ahad, 3 Februari 2019

KEKALKAN KEHARMONIAN DAN PERPADUAN


Jamawi(empat dari kanan) bersama jemputan lain di majlis tersebut

TENOM : Rakyat digesa mengekalkan keharmonian antara kaum yang sudah wujud sekian lama, sekali gus menjadikan Malaysia negara yang unik di mata dunia.

Wakil Rakyat Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar , berkata semua pihak perlu menjauhkan diri dari sifat iri hati dan hasad dengki bersarang dalam diri, yang boleh merosakkan perpaduan rakyat.

“Jangan kita mencipta jurang antara kaum dengan mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati mana-mana kaum kerana Malaysia bukan milik satu kaum saja tetapi milik kita semua.

“Kebelakangan ini, ada pihak yang berkepentingan cuba mengeruhkan hubungan baik rakyat berbilang bangsa hingga ada ketikanya tidak mempedulikan sensitiviti agama dan kaum.

“Perbuatan ini terbawa-bawa hingga ke media sosial yang dijadikan medan untuk melontar tohmahan, tuduhan yang tidak berasas dan sensitif sambil disambut pula oleh pihak yang ada muslihat tertentu,” katanya ketika  berucap merasmikan Program Karnival Sempena Perayaan Sambutan Tahun baru Cina 2019.

Jamawi (tengah) bersama Nooritah Chan dan jemputan lain mengucapkan selamat tahun baru kepada hadirin yang hadir

Karnival anjuran bersama  Pejabat Parlimen Tenom dan Peraturan Penganut Dewan Tai Pak Kung itu turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Tenom Noorita Sual dan Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Fook


Jamawi berkata, rakyat perlu meraikan dan menghargai titik persamaan yang ada dalam kepelbagaian budaya, adat resam, agama dan bahasa, sekali gus menjadi pengukuh kepada perpaduan negara.

“Semangat tolak ansur, muhibah dan bersatu-padu antara semua kaum adalah elemin penting untuk memastikan negara kekal stabil, aman dan makmur.

“Jangan biarkan hubungan yang sudah terjalin sekian lama ini terlerai kerana adanya syak wasangka sesama kita" katanya

Jamawi diiringi oleh Noorita dan Chan bersalaman dengan orang ramai sejurus tiba di majlis tersebut

Dalam pada itu Jamawi berkata semangat berkongsi perayaan seperti hari raya aidilfitri,tahun baru cina dan Krismas dengan mengamalkan budaya kunjungi mengunjungi perlu terus dilestarikan .

" Melalui budaya kunjungi mengunjungi inilah semangat muhibah dan harmoni dapat diperkukuhkan walaupun berbeza agama ,bangsa dan kepercayaan " katanya



0 ulasan:

Catat Ulasan