![]() |
| Muhamad (tengah) bersama rombongan UMNO Sabah yang diketuai oleh Pengerusinya Dato' Sri Bung menunjukkan isyarat. Kuat dan bersatu pada perjumpaan tersebut |
Menurut Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO pelbagai isu dibangkitkan dalam perjumpaan tersebut antaranya soal penyusunan semula UMNO di seluruh bahagian di negeri Sabah yang telah pun disusun semula .Turut dibincangkan juga ialah kuasa Autonomi UMNO Sabah .
Tambah Bung Timbalan Presiden UMNO Mohamad mengambil maklum semua perkara yang dibincangkan semasa perjumpaan tersebut dan melahirkan rasa bangganya yang UMNO Sabah dibawah kepimpinan baharu dapat di susun semula dan menyakini UMNO Sabah masih kuat tidak terkubur sebagai mana didakwa oleh beberapa pihak sebelum ini.
Turut serta dalam kunjungan tersebut Timbalan Pengerusi UMNO Sabah Datuk Yakub Khan,Setiausaha Umno Sabah Datuk Jafry Arifin,Bendahari UMNO Sabah Suhaimi Haji Nasir, Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Raimee Ungku dan Pensyarah Komunikasi UMNO Sabah Ghazalie Ansing .








0 ulasan:
Catat Ulasan