Sabtu, 16 Februari 2019

KEMASUKAN BERSATU KE SABAH TIDAK AKAN MENGGUGAT UMNO SABAH: BUNG

Kemasukan BERSATU ke Sabah tidak akan menggugat Umno:Bung

KOTA KINABALU: Pengerusi UMNO Sabah Dato' Sri Bung Moktar Radin berkata ,UMNO Sabah tidak akan tergugat dengan keputusan Parti pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk melebarkan sayapnya ke negeri ini.

katanya, ahli UMNO Sabah tidak akan  akan meninggalkan UMNO untuk menyertai (BERSATU)

"Selepas penghijrahan (keluar) beramai-ramai pemimpin pemimpin UMNO Sabah sebelum ini kita telah menyusun semula parti ,

"Saya percaya ahli dan pemimpin yang ada dalam UMNO Sabah sekarang adalah mereka yang benar benar berjuang dan membela nasib rakyat" katanya ketika ditemui di sini dan diminta mengulas keputusan (BERSATU) untuk melebarkan sayap parti tersebut ke Sabah.

Menurut beliau UMNO Sabah telah disusun semula di  25 bahagian di negeri ini  dan ternyata masih ada pemimpin dan ahli UMNO bersama kita untuk meneruskan perjuangan menyengkal  dakwaan Pengerusi (BERSATU) Tun Dr.Mahathir  Mohamad yang UMNO sudah bubar di Sabah.

"Kehadiran BERSATU ke Sabah bukan ancaman besar kepada kita, malah kehadiran parti itu ke Sabah dialu-alukan,” katanya .

Menurut Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang penting bagi parti itu sekarang yalah memantapkan sokongan serta gerak kerja parti di semua peringkat bahagian cawangan termasuk sayap sayap utama parti.

" Dengan kuasa autonomi yang diberikan kepada UMNO Sabah kita akan bergerak dan perjelaskan kepada ahli ahli parti diperingkat akar umbi bahawa perjuangan kita memenuhi aspirasi ahli UMNO dan rakyat di negeri ini" jelas Bung

Ditanya sama ada UMNO Sabah akan bekerjasama dengan BERSATU, Bung Moktar berkata, buat masa ini UMNO mahu memperkukuhkan parti itu di negeri ini.

“Bagaimanapun, dalam politik kita tidak boleh ramal apa akan berlaku, kita tidak tahu apa akan berlaku pada masa hadapan. Apa yang penting, UMNO Sabah akan dimantapkan di negeri ini,” katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan