![]() |
| Jamawi bersama pengurus Besar KPD Kalimin Sahidi dan pegawai pegawai kanan KPD dalam sesi perbincangan tersebut |
Katanya kawasan tersebut amat sesuai diusahakan dengan aktiviti pertanian tanah tinggi apalagi dalam keadaan cuacanya yang sejuk sesuai untuk aktiviti tanaman kubis zasparagus tomoto ,cendawan Shiitake dan penternakan lebah madu
" Saya harap pihak KPD akan melakukan kajian kesesuaian tanaman yang boleh diusahakan di kawasan ini dengan usahasama bersama beberapa pihak yang lain termasuklah penduduk di kawasan ini" katanya ketikw ditemui selepas menerima kunjungan hormat Pengurus Besar KPD Sabah Kalimin Sahadi dan pegawai pegawai kanan KPD di sini kemarin.
Hadir sama Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kemabong Burnley Balang.
![]() |
| Jamawi bersama Pengurus Besar KPD Kalimin dan pegawai pegawai kanan KPD selepas melancarkan produk produk KPD di Bestamart Supermarket Tenom |
Menurut Jamawi KPD yang memiliki kepakaran dalam bidang pertanian sudah tentu dapat melakukan sesuatu tindakan bagi membantu kawasan ini dapat dibangunkan dan dimajukan dalam sektor ini dan jika ianya berjaya dilaksanakan akan dapat membantu kerajaan meningkatkan ekonomi negeri dan menjana taraf siso ekonomi masyarakat setempat.
Selain itu juga Jamawi melahirkan harapan agar KPD dapat memajukan tanah KPD yang terbiar di Pekan Kemabong untuk dimajukan .
Terdahulu Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan turut menyaksikan majlis pelancaran produk produk KPD di Bestamart Supermarket








0 ulasan:
Catat Ulasan