Sabtu, 23 Februari 2019

PERANAN PIBG PERLU DIPERKASAKAN:ABDUL RAHMAN


Abdul Rahman diiringi oleh Md Saffie Zabar dan Jandi memotong kek sebagai simbol perasmian mesyuarat agung tersebut.

BEAUFORT: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu memainkan peranan dalam membantu mewujudkan sekolah cemerlang sekali gus melahirkan generasi pelajar berkualiti yang bakal mewarisi kepimpinan negara.

Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri Haji Abdul Rahman Yakub berkata, kerjasama dan hubungan rapat antara guru dan ibu bapa merupakan faktor utama memastikan pendidikan berfungsi secara berkesan.

Jelas beliau, sesebuah sekolah tidak boleh bergerak sendiri untuk maju ke depan tanpa so­kong­an daripada ibu bapa.

Abdul Rahman turut melancarkan kempen Derma Buku sempana majlis tersebut

“Tanpa sokongan ibu bapa, hasrat untuk melihat lebih ramai pelajar cemerlang dilahirkan tidak akan tercapai.

“Oleh yang demikian, hubungan dua hala antara pihak sekolah dan PIBG perlu terus diperkasa dari semasa ke semasa,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Menangah Kebangsaan Kota Klias  dan penyampaian bantuan awal persekolahan dekat sini pada Sabtu.

Hadir sama Pengetua SMK Kota Klias Haji Mohd Saffie Md Haji Salleh  Pengerusi PIBG SMK Kota Klias Jandi Asar dan wakil Pegawai Pendidikan Daerah Beaufort Zabar Awang Damit

Abdul Rahman diiringi oleh Md Saffie menyampaikan bantuan awal persekolahan kepada salah seorang pelajar sempana majlis tersebut

Abdul Rahman yang juga Timbalan Pengerusi Perbadanan Baitul Maal Negeri Sabah  berkata, kerjasama ibu bapa dan guru dalam membincangkan hal sekolah berkaitan dengan pendidikan anak mereka adalah pen­ting supaya pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan.

Selain itu, ujarnya, PIBG dapat membantu pihak sekolah menganjurkan sesuatu aktiviti serta memainkan peranan dalam menggalakkan anak mereka menyertai aktiviti sekolah.

Yang Dipertuan PIBG SMK Kota Klias sambil diperhatikan Abdul Rahman dan MD Saffie menerima sumbangan buku sempana majlis tersebut

Menurutnya, memang tidak dapat dinafikan peranan dan tanggungjawab PIBG memberi kesan kepada kemajuan dan pencapai­an sekolah kerana persatuan ber­kenaan menjadi medium untuk mencetuskan hala tuju dan matlamat sekolah ke arah kecemerlang­an pendidikan.

“Kecemerlangan sesebuah orga­nisasi atau persatuan amat bergantung kepada elemen yang perlu digerakkan secara bersama,” tambahnya.

Katanya, melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), Kementerian Pendidikan turut memperkenalkan program bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta dalam pembelajaran anak.

Pada majlis tersebut Abdul Rahman juga turut melancarkan Kempen Derma Buku.

0 ulasan:

Catat Ulasan