![]() |
| Jamawi bersalaman dengan penduduk kampung Paal Sebarang sejurus tiba ke majlis tersebut |
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata, kepelbagaian tradisi, etnik dan bahasa tidak memisahkan rakyat negeri ini, malah membina sebuah masyarakat yang harmoni dan mengajar banyak nilai-nilai positif.
![]() |
| Jamawi turut mengambil peluang ziarah ke beberapa buah rumah penduduk kampung Paal Sebarang |
Katanya, dengan saling menerima antara satu sama lain, rakyat Sabah adalah contoh terbaik perpaduan dan keharmonian kaum di Malaysia.
"Marilah bersama berusaha untuk memastikan nilai-nilai itu kekal pada masa kini dan masa depan. Jangan biarkan mereka yang mempunyai niat jahat mengganggu keharmonian dan memusnahkan hubungan kukuh dikecapi pada hari ini" katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama penduduk kampung Paal Sebarang dekat sini baru baru ini.
![]() |
| Jamawi menyampaikan sumbangan kain ela untuk pakaian seragam kaum ibu semasa lawatan ke kampung Kalibatang Baru. |
Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan perpaduan amat penting bagi semua masyarakat negeri ini dalam membentuk sebuah negara maju agar terus mara ke hadapan.
“Negara ini perlu mempunyai perpaduan kaum bagi mengukuhkan kestabilan politik serta keharmonian masyarakat.
“Kita percaya melalui perpaduan kaum serta politik stabil mudah bagi kerajaan menyalurkan pembangunan untuk kesejahteraan rakyat" katanya
Selepas menghadiri majlis ini Jamawi meneruskan lawatanya ke kampung Kalibatang Baru Kemabong dalam acara santai minum petang menyerahkan sumbangan kain ela untuk pakaian kaum ibu di kampung tersebut seterusnya ziarah keberapa buah rumah dan warga emas di kampung tersebut.









0 ulasan:
Catat Ulasan