Isnin, 25 Februari 2019

ANJUR LEBIH BANYAK KEJOHANAN SEPAK TAKRAW UNTUK CUNGKIL BAKAT BARU

Jamawi (tengah) bersama pasukan yang layak ke perlawanan akhir kejohanan tersebut

TENOM : Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar mencadangkan  agar persatuan persatuan sukan dan NGO di negeri ini menganjurkan lebih banyak kejohanan  Sepak Takraw bagi mencungkil ramai pemain baru untuk diketengahkan.

Jamawi mengambil contoh negara  Thailand pernah ketinggalan kepada Malaysia suatu masa dulu namun sebaliknya yang berlaku ketika ini.

“Dulu Negara kita (Malaysia) di depan dalam sebarang kejohanan sukan sepak takraw  namun kini sebaliknya berlaku ini disebabkan Thailand  mempunyai lebih banyak liga dan kejohanan untuk mencari atlet baru" katanya ketika ditemui selepas merasmikan penutupan Kejohanan Sepak takraw tertutup daerah Tenom anjuran Kelab Wawasan Takraw Tenom dengan kerjasama Astaka daerah Tenom di dewan Kompleks Sukan Daerah Tenom baru baru ini.

Jamawi menyampaikan hadiah kepada pemenang kejohanan dalam bahagian Veteran

Sebanyak 86 buah pasukan terdiri dari ketegori Veteran ,Bawah 14 tahun dan remaja menyertai kejohanan yang berlangsung selama dua minggu itu bagi merebut piala sumbangan beliau (Jamawi)

Menurut Jamawi yang juga Presiden Astaka Daerah Tenom beliau menyokong mana  mana kelab atau persatuan  sukan khususnya di daerah Tenom menganjurkan lebih banyak kejohanan seperti ini dimana ianya merupakan maden terbaik untuk mencungkil  bakat baru untuk ditonjolkan ke peringkat yang lebih jauh

" Melalui kejohanan seperti ini, bukan sahaja bakat bakat baru dalam sukan sepak takraw dapat kita tonjolkan ,malah kejohanan seperti ini dapat mengajak golongan muda dalam aktiviti sehat bagi mengelak mereka terjebak dengan kegiatan yang tidak sehat" tambah Jamawi.

Jamawi menyampaikan hadiah kepada pemenang dalam ketegori bawah 14 tahun

Tambah Jamawi di daerah Tenom dan daerah Kecil Kemabong banyak gelanggang sepak takraw yang telah dibina oleh kerajaan bagi membolehkan golongan belia di luar bandar melakukan kegiatan sukan malah boleh dijadikan venu bagi persatuan persatuan sukan dan golongan belia di luar bandar untuk menganjurkan sebarang kejohanan sukan sepak takraw .

Hadir sama di majlis tersebut Timbalan Presiden Astaka Daerah Tenom Wak Sugiyanto Tarimo,Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kemabong Burnley Balang dan Pengerusi Penganjur Suhaidi Guriaman.


0 ulasan:

Catat Ulasan