Ahad, 10 Februari 2019

ANGKAT MERTABAT SENI SILAT :RAPAHI

Sokongan.Rapahi bersama Mahadi ,Penganjur dan sebahagian dari peserta pertandingan tersebut

WESTON: Penggiat silat perlu mengangkat martabat seni mempertahankan diri walaupun negara mengalami transformasi pemodenan dalam pelbagai bidang.

Setiausaha Politik Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Rapahi Idris  berkata, silat bukan sahaja menjadi kebanggaan orang Melayu tetapi mampu membentuk disiplin anak muda.

Katanya, usaha untuk mempertahankan seni silat menjadi cabaran yang cukup besar terutamanya bagi menarik penyertaan golongan belia berikutan perkembangan teknologi komunikasi yang menyaksikan minat mereka lebih cenderung ke arah permainan komputer.

''Pada masa sama, walaupun terdapat peningkatan golongan belia dan remaja yang menyertai aktiviti seni silat tetapi masalah kekurangan tenaga pengajar dan gelanggang menghadkan hasrat mereka untuk menceburi bidang ini" katanya ketika berucap merasmikan kejohanan silat persahabatan anjuran PSS PESAKA daerah Beaufort  di dewan serbaguna kampung Weston dekat sini baru baru ini.


Rapahi menerima cendera kenangan dari penganjur selepas merasmikan pertandingan tersebut

Hadir sama Pemimpin Pembangunan Masyarakat Lumadan Haji Mahadi Haji Mumin Pengerusi Penganjur Jamain Tamit

Sehubungan dengan itu Rapahi mencadangkan agar  gelanggang silat dapat dibina di setiap kampung atau kawasan perumahan bagi memudahkan mereka yang berminat untuk menyertainya selain menyediakan guru terlatih bagi melatih khususnya golongan belia yang berminat dalam seni mempertahankan diri ini.

" Selain itu kekarapan persatuan persatuan silat yang ada di negeri ini khususnya di daerah ini turut menjadi pemangkin kepada golongan ini meminati sukan ini" katanya

Menurut Rapahi lagi, mereka yang menyertai seni silat ini mempunyai daya juang yang tinggi, selain memiliki semangat kental dan patriotik.

Tambahnya, menerusi semangat kenegaraan yang begitu mendalam, mereka sanggup bersama-sama mempertahankan negara daripada anasir luar yang cuba menggugat kesejahteraan rakyat.

''Melalui aktiviti itu juga, kita boleh menyalurkan informasi yang betul kepada mereka supaya generasi muda boleh memperjuangkan apa yang telah dipertahankan pejuang tanah air sebelum ini," katanya

0 ulasan:

Catat Ulasan