Isnin, 18 Februari 2019

KEMASUKAN BERSATU KE SABAH MENJURUS KEPADA DASAR PECAH DAN PERINTAH


Jamawi kemasukan BERSATU ke Sabah lebih memecah belahkan perpaduan rakyat di negeri ini.

KOTA KINABALU: Usaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) melebarkan sayapnya ke Sabah disifatkan sebagai usaha meneruskan dasar pecah dan perintah.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar (gambar) berkata usaha yang dilakukan oleh Pengerusi (BERSATU) Tun Dr.Mahathir Mohamad bermula sejak tahun 1981 lagi kepada kerajaan negeri Sabah.

" Rakyat Sabah tidak akan lupa kepada sejarah ini pada tahun 1976 menaja parti berjaya melawan Usno,tahun 1984 memainkan peranan menaja Parti Bersatu Sabah melawan Berjaya Tahun 1991  membawa UMNO untuk bertapak di Sabah dan akhirnya pada tahun 1994 memperkenalkan sistem pengiliran Ketua Menteri Sabah, ini jelas  membuktikan rakyat Sabah telah di jajah dengan dasar pecah dan perintah " katanya dalam satu kenyataan di sini bagi mengulas isu kemasukan (BERSATU) ke Sabah.

Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Sabah kesungguhan Mahathir untuk melebarkan parti (BERSATU) ke negeri ini merupakan gerak kerja politik beliau agar kepimpinan negeri Sabah tidak kukuh yang mana akhirnya beliau dapat mengawal (remote control) bukan sahaja politik malah hasil mahsyul di negeri ini.

" Rakyat Sabah harus mengkaji sejarah ini dimana langkah ini merupakan pendekatan halus yang akan menafikan hak dan keistimewaan rakyat di negeri ini.

Menurut beliau apabila kerajaan negeri  bersungguh-sungguh ingin mengembalikan MA63 dan tuntutan royalti minyak Mahathir menggunakan strategi politiknya untuk melemahkan tuntutan tersebut.

" Seharusnya beliau (Mahathir) menghormati keputusan rakyat Sabah yang memberikan mandat kepada parti Warisan Sabah Untuk memerintah Sabah yang turut memberikan sumbangan besar dalam pembentukan kerajaan Pakatan Harapan mentadbir negara" katanya

Jamawi berkata Mahathir seharusnya menghormati  mandat yang diberikan oleh rakyat di negeri ini dan terus membantu kerajaan negeri membangunkan negeri ini bukannya memecah belahkan perpaduan rakyat di negeri ini.

Menurut Jamawi kesungguhan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memberikan tumpuan  kepada gerak kerja membangunkan negeri ini sedikit sebanyak terjejas apabila terus diganggu dengan polimik politik yang berpanjangan.

Katanya  Perjanjian lisan sebelum PRU 14 yang mana mengiktiraf Parti Warisan Sabah sebagai rakan sekutu PH di Sabah, sanggup di cabuli oleh Tun Mahathir hanya kerana ingin memenuhi strategi politik beliau.


" Saya fikir rakyat Sabah telah belajar dari sejarah masa lampau dan tidak akan mengulanginya kerana itu kebanyakan rakyat Sabah rata ratanya menolak cadangan (BERSATU) untuk melebarkan sayapnya ke Sabah"

0 ulasan:

Catat Ulasan