Ahad, 10 Februari 2019

KEBERSAMAAN TUNJANG PERPADUAN KAUM:JAMAWI



Jamawi melancarkan persembahan tarian singa sempana majlis tersebut 
KEMABONG : Kestabilan politik dan sosial di negara ini hanya mampu dicapai dengan kebersamaan antara kaum, termasuk keharmonian antara agama

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar  berkata, ia berikutan kestabilan politik dan sosial penting jika semua pihak mahu membawa negara khususnya negeri Sabah  ke hadapan dengan merealisasikan potensinya sebagai sebuah negeri  yang mempunyai rakyat berbilang keturunan, anutan agama dan budaya, untuk mencapai masa depan yang lebih baik.

Beliau berkata, nilai kebersamaan antara berbilang kaum menjadi asas kepada kestabilan politik dan sosial, dan tanpa mengamalkan nilai bersama yang mengikat rakyat negara ini, kejayaan tidak mampu dicapai.

" Keharmonian antara agama adalah berlandaskan kepada persefahaman serta hormat menghormati dan ini adalah satu nilai intrisik yang perlu dikembang dan diperkukuhkan" katanya ketika berucap merasmikan sambutan  perayaan Tahun Baru Cina 2019 DUN Kemabong dekat sini baru baru ini.

Jamawi bersalaman dengan orang ramai sejurus tiba di majlis tersebut

Hadir sama Ahli Parlimen Kemabong  Norita Sual Ketua Bahagian UPKO Tenom Datuk Lucas Umbul,Bendahari Warisan Tenom Peter Voi,Ketua Cabang PKR Tenom  Aslan Kansut , Penolong Pegawai Daerah Kecil Kemabong Djamaludin Kamarudin dan Ketua Polis Daerah Tenom DSP Lusip Tulas.

Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan berkata, Perpaduan dalam kepelbagaian kaum menjadikan Malaysia sebagai negara model yang dihormati masyarakat antarabangsa.

"Kita tidak mempunyai ketegangan, konflik keganasan yang dilalui negara lain dan mereka mengatakan Malaysia adalah negara yang aman dan sejahtera" katanya

Jamawi bersama jemputan lain mengucapkan gong xi fa cai kepada hadirin yang hadir ke majlis tersebut

Tambah Jamawi di Sabah amalan berkongsi perayaan dan semangat kunjungi mengunjungi telah sekian lama dipraktikkan yang menjadi budaya hormani bagi mengeratkan perpaduan walaupun di negeri ini terdiri dari pelbagai kaum dan agama

"Oleh itu, mari kita pastikan ia berterusan di masa hadapan,"

"Hari ini kita meraikan Sambutan Tahun Baru Cina . Marilah kita mempraktikkan nilai ini, yang penting untuk kita mencapai aspirasi sebagai negara Malaysia yang lebih kukuh dan terbaik" katanya

Lebih 2000 orang hadir di majlis tersebut yang diserikan dengan pelbagai acara antaranya persembahan kebudayaan,hiburan dan juga persembahan tarian singa.






0 ulasan:

Catat Ulasan