![]() |
| Jamawi diiringi oleh Mixcimus Lian Feel Choo memotong riben bilon sebagai simbol perasmian kejohanan tersebut |
TENOM : Kegiatan sukan mampu membentuk golongan pelajar yang berwibawa selain dapat membentuk semangat juang yang tinggi untuk mereka menghadapi cabaran semasa terutamanya dalam pembelajaran seharian.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong Jamawi Jaafar berkata
sukan bukan sekadar platform untuk menentukan juara semata-mata, sebaliknya mendidik mereka bahawa kejayaan hanya dapat dicapai melalui usaha, ketekunan, perancangan rapi dan pe-ngorbanan.
![]() |
| Jamawi diringi oleh Maximus Lian dan Hassan bersalaman dengan Guru Besar Sk Melalap Wak Sugiyanto sejurus tiba di majlis tersebut |
Beliau berkata, tumpuan utama bukan sahaja terletak pada bidang akademik semata-mata malah aktiviti ko-kurikulum adalah jalan terbaik pembentukan pelajar agar lebih berdisiplin, bertanggungjawab dan mampu membuat keputusan terbaik dalam menjana hala tuju masa depan.
“Sukan dapat memupuk semangat perpaduan, hormat-menghormati dan kerjasama yang tinggi dalam kalangan warga sekolah" katanya berucap merasmikan Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) peringkat daerah Tenom di kompleks Sukan Tenom kemarin.
![]() |
| Jamawi diiringi oleh Maxcimus dan Lian menerima tabik hormat dari kontijen yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut |
Menurut beliau yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan aktiviti sukan juga mampu membentuk pelajar yang patuh dengan peraturan dan secara tidak langsung membentuk hemah tinggi, bertanggungjawab, berdisiplin dan jati diri yang kental serta mempunyai daya kepimpinan
“Para pelajar yang terserlah kecemerlangan mereka dalam bidang sukan bakal menjadi atlet berpotensi untuk dike-tengahkan ke peringkat lebih tinggi mewakili daerah, bahagian, negeri dan negara.
![]() |
| Jamawi sambil diperhatikan Lian menerima cendera kenangan dari Maxcimus selepas merasmikan kejohanan tersebut |
Sehubungan dengan itu Jamawi turut mengingatkan ibubapa agar terus memberikan sokongan dan dorongan terhadap anak anak mereka agar pencapaian bukan sahaja di peringkat sekolah malah mereka mampu mencipta nama ke peringkat antarabangsa melalui aktiviti ko-kurikulum di luar negara.
Hadir sama wakil pegawai pendidikan daerah Tenom Maximus Micheal Pengerusi Pengelola Kejohanan yang juga Pengetua Smk Kemabong Lian Feel Choo dan Yang Dipertua Majlis Guru Besar Daerah Tenom Hassan Basri
![]() |
| Antara kontijen yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut |











0 ulasan:
Catat Ulasan