Isnin, 25 Februari 2019

MPKK MAIN PERANAN PENTING TABIR URUS KAWASAN: JAMAWI

Jamawi (tengah) bersama pengerusi pengerusi MPKK yang menerima watikah pelantikan mereka KEMABONG : Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) memain peranan penting dalam pentadbiran sesebuah kampung. Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata ,(MPKK) turut menjadi nadi perantara pentadbiran kampung dengan wakil rakyat serta kerajaan dalam usaha membawa pembangunan di kampung. “Mereka yang dilantik memegang amanah selaku pentadbir serta mengurus dan membantu penduduk kampung selaras dengan pembangunan negeri, maka ahli jawatankuasa (AJK)MPKK perlu peka dengan dasar dibawakan kerajaan.
Jamawi menyerahkan watikah pelantikan pengerusi MPKK kepada salah seorang penerima “Selain itu,MPKK juga harus menjadi ejen penyebar maklumat program kerajaan demi kesejahteraan masyarakat,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian watikah pelantikan MPKK bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Kemabong di bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Kecil Kemabong pagi kemarin. Hadir sama Penolong Pegawai Daerah Kecil Kemabong Djamaludin Kamarudin,Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Kemabong Burnley Balang,Ketua Daerah Kecil Kemabong Panguot Lambang dan Pegawai Kebajikan Daerah kecil Kemabong Mary Sipaji
Beliau yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan berkata, MPKK juga menjalankan tanggungjawab memajukan kampung dan membawa pembangunan sekali gus membentuk masyarakat hidup dalam suasana harmoni. “MPKK perlu aktif dan komited membuat perancangan rapi untuk memajukan kampung dengan mewujudkan pelan tindakan pembangunan bagi kampung masing-masing. “Selain itu, harus terus memastikan aspek keselamatan kampung terutama elemen negatif yang boleh memecahbelahkan keharmonian kampung,” katanya Jamawi menambah kerajaan komited memantapkan lagi peranan pengerusi (MPKK)di negara ini sebagai benteng utama mem­pertahankan negara dalam men­depani fitnah dan tohmahan pembangkang. “Peranan mereka sangat pen­ting dan kita mahu mengubah persepsi umum bahawa pengerusi MPKK bukan hanya untuk menandatangani borang permohonan tetapi menjadikan jawatan itu le­bih profesional" katanya Menurut Jamawi, pe­nge­rusi (MPKK) harus bertanggungjawab memastikan setiap isu atau fitnah yang disebar pembangkang dapat ditepis dan diberi penjelasan sewajarnya kepa­da masyarakat. “Mereka adalah golongan cu­kup berpengaruh dan dihormati oleh penduduk kampung, seha­rusnya setiap (MPKK) memainkan peranan memberi penjelasan kepada akar umbi agar tidak dikelirukan oleh fitnah pembangkang kepada kerajaan,” ujarnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan