Ahad, 3 Februari 2019

ADUN KEMABONG SAMPAIKAN SUMBANGAN BUAH LIMAU


Jamawi(tengah) bersama penerima sumbangan tersebut

Sempana sambutan tahun baru cina tahun ini,Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar pagi kemarin turut menyampaikan sumbangan berupa limau mandarin kepada 275 keluarga yang akan menyambut sambutan tersebut di kawasan Kemabong.

Menceriakan Jamawi menyerahkan sumbangan sekotak buah limau kepada salah seorang penerima semasa majlis tersebut

Ditemui selepas majlis tersebut Jamawi berharap sambutan tahun baru cina kali ini lebih meriah dan berharap rakyat di kawasan Kemabong dapat bersama berkongsi perayaan dengan mengamalkan budaya kunjungi mengunjungi bagi mengeratkan lagi hubungan silatulrahim di kalangan mereka

Hadir sama di majlis penyerahan tersebut Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kabong Burnley Balang.

0 ulasan:

Catat Ulasan