![]() |
| Bung Siasat jika benar ada unsur salahguna kuasa ,ambil tindakan |
Katanya, wujud satu kes pengeluaran lesen perniagaan Ejan Ramalan Nombor Sports Toto yang dikeluarkan atas nama Hu Chong Lik@Hii Chong Lik dimana penama juga merupakan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan.
" Sebagai penjawat awam beliau Chong Lik@Hoi Chong Lik tidak boleh terlibat langsung dengan perniagaan apalagi menandatangani lesen perniagaan yang beliau ada kepentingan " katanya ketika mengulas isu penyalahgunaan kuasa Presiden MPS yang tular dimedia sosial termasuk media Protal tempatan.
Sehubungan dengan itu Bung yang juga Pengerusi UMNO Sabah meminta Ketua Menteri Datuk Seri Mohd.Shafiee Apdal dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr.Jaujan Haji Sambokong meneliti isu ini agar tidak menjejaskan imej kerajaan negeri.
" Kita tidak mahu integriti penjawat awam dan imej kerajaan negeri tercelar hanya perubatan seorang individu sebagai penjawat awam yang diberikan amanah oleh kerajaan untuk menjaga dan mentadbir salah satu jabatan dan agensi kerajaan tapi menyalahgunakan kuasa " katanya
Menurut Bung beberapa salah guna kuasa juga turut dilakukan oleh Presiden Majlis Perbandaran antaranya perlantikan pegawai pegawai baharu yang tidak mendapat kelulusan dari Kementerian.
" Setahu saya perlantikan pegawai pegawai baharu MPS Perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu dari kementerian baru boleh dilantik" jelas Bung
Dalam hal ini menurut Bung jelas Presiden MPS telah menyalahgunakan kuasanya.
Selain itu tambah Bung beliau juga menerima aduan dari pekerja pekerja MPS dan ketua ketua jabatan di daerah Sandakan atas sikap biadab dan tidak mesra kepada pegawai prgawai kerajaan termasuklah memanggil kakitangan MPS sebagai monyet selain tidak menghormati ketua ketua jabatan kerajaan di Sandakan
" Timbul isu semasa beliau mempengerusikan mesyuarat sikap kasar dan biadap terhadap ketua ketua jabatan yang lain bertindak secara tidak profesional semasa mempengerusikan mesyuarat dengan memarahi ketua ketua jabatan yang gagal melaksanakan arahannya sedangkan mereka (Ketua Jabatan ) juga terikat dengan peraturan kelulusan dan peruntukan yang diluluskan oleh kementerian atau ibu pejabat jabatan masing masing.
" Dengan sikap biadap inilah menyebabkan ada ketua jabatan memprotes dan meninggalkan bilik mesyuarat.
Menurut Bung inilah masalah yang dihadapi bila melantik seseorang untuk jawatan perkhidmatan awam yang tidak tahu peraturan dan perintah am sebagai pentadbir awam.
" Saya yakin Ketua Menteri meletakkan beliau ( Datuk Hu Chang Kim,@Hoi Chang Lik) sebagai Presiden MPS bagi membantu kerajaan membawa perubahan ke arah Sabah Baru" bagi memberikan perkhidmatan yang lebih efisien dan mesra rakyat khususnya rakyat di daerah Sandakan ,namun jika begini sikap beliau ianya akan merosakkan imej kerajaan dan kepimpinan negeri" jelas Bung.
Tambah Bung tindakan tegas perlu diambil untuk menangani isu ini,jika gagal tidak mustahil ada pihak akan mengheret isu ini ke meja SPRM untuk siasatan lanjut







Presiden MPS secara jelasnya mempunyai kepentingan utk diri sendiri dan kroni2nya kerana telah meluluskan lesen perniagaan yg telah didaftarkan di atas nama diri beliau sendiri. Bagaimanakah seorang penjawat awam yg sedang berkhidmat dan tidak pernah meletakkan jawatannya boleh berbuat demikian? Adakah pihak berkuasa, khususnya #sprm dan cm sabah khasnya, telah membutakan mata hanya kerana mendapat 'sumbangan' dana rm20juta utk parti warisan pada pru14 dari taikun balak sarawak ini? Adakah ini dinamakan balas budi? Tahniah cm sabah. Kerana mengenang budi, berbaloi2 pulangan kpd samseng balak ini.dapat mengusai sandakan dan menggubal undang2 sendiri?
BalasPadamBuat laporan polis jika ada bukti
BalasPadam