![]() |
| Pengerusi Penaja PBBM Negeri Sabah Dato' Dasim Ricky Jikah menerima borang permohonan keahlian Bersatu dari dua kawasan Parlimen Keningau dan Pansiangan di kampung Biah Keningau baru baru ini |
KENINGAU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendapat sambutan hangat di Sabah dengan pertambahan pertambahan permohonan ahli di setiap bahagian di negeri ini.
Pengerusi Perhubungan PBBM negeri Sabah Dato Dasim Ricky Jikah berkata ,ramai rakyat Sabah menyatakan hasrat untuk menyertai parti berkenaan dan pihaknya ketika ini memenuhi beberapa undangan di berapa bahagian untuk menerima borang borang permohonan dari mereka yang ingin menyertai parti PBBM.
" Kita sentiasa mengalu-alukan dan menerima banyak permohonan (menjadi ahli) namun pada masa yang sama kita pastikan tidak berlaku pertindihan ahli dari lain lain parti" katanya ketika ditemui selepas menerima borang permohonan keahlian PBBM dari dua kawasan Parlimen yang Pansiangan dan Keningau di kampung Biah dekat sini baru baru ini.
Di majlis tersebut sejumlah 1500 permohonan keahlian di terima dari kawasan Parlimen Pansiangan dan 350 permohonan ahli dari kawasan Parlimen Keningau.
Menurut Dasim sambutan positif dari rakyat di negeri ini terhadap parti (PBBM) menunjukkan rakyat di negeri ini menerima baik hala tuju serta perjuangan PBBM yang sebenarnya bagi mempastikan mereka dapat berjuang bersama dalam parti ini demi masa depan dan pembangunan di negeri ini.
Bagaimana pun menurut Dasim dalam menerima borang borang keahlian PBBM Sabah mengwujudkan satu jawatankuasa bagi menapis borang permohonan agar mereka yang memohon tidak menjadi ahli ahli parti dalam kompleks Pakatan Harapan yang lain juga parti parti tempatan yang lain.
" Jika ini berlaku mereka perlu meletakkan jawatan keahlian di parti yang mereka sertai sebelum ini baru borang permohonan dapat diproses" katanya
Langkah ini juga menurut Dasim bagi mengelak tuduhan beberapa pihak kita mencuri nama nama keahlian parti tanpa persetujuan dari individu yang terlibat.
" Sebab itu kepimpinan penaja PBBM Sabah turut padang ke beberapa bahagian bukan sahaja menerima borang permohonan keahlian namun dalam masa yang sama kita memberikan kefahaman yang jelas kepada mereka mengenai dasar dan hala tuju parti yang sebenarnya" jelas Dasim.







0 ulasan:
Catat Ulasan