![]() |
| Bung bersama Naib Presiden UMNO Datuk Seri Khalid Nordin dan kepimpinan UMNO Sabah dalam sesi perjumpaan baru baru di Kota Kinabalu baru baru ini. |
KOTA KINABALU: Mejoriti ahli UMNO dari seluruh bahagian di negeri ini mendakwa nama mereka telah didaftarkan sebagai ahli Bersatu di luar pengetahuan mereka.
Pengerusi UMNO Sabah Dato' Sri Bung Moktar Radin berkata ,UMNO Sabah menerima maklumat serta aduan tersebut berikutan ada ahli-ahli UMNO yang memaklumkan kepada beliau yang nama mereka telah didaftarkan menjadi ahli Bersatu tanpa pengetahuan mereka.
" Kita menerima maklumat ini dan UMNO Sabah sedang meneliti dan menyiasat perkara ini" katanya ketika dihubungi ketika diminta mengulas isu ini.
Menurut Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dakwaan 100,000 ahli UMNO yang keluar tidak tepat ini kerana masih ada ahli ahli UMNO diperingkat akar umbi yang masih setia dan percaya dengan perjuangan UMNO .
" Saya ada menerima maklumat dari bawah bahawa ramai ahli-ahli UMNO didaftarkan memohon menjadi ahli Bersatu tanpa ada persetujuan atau pengetahuan mereka berlaku hampir diseluruh bahagian di negeri ini.
Sebelum ini bekas Ahli Parlimen UMNO Beluran Datuk Seri Dr.Ronald Kiandee mendakwa kira-kira 100,000 bekas ahli UMNO dari 25 kawasan Perlimen di Sabah bakal menyertai Bersatu selepas pengerusinya Tun Dr.Mahathir Mohamad mengumumkan parti itu akan melebarkan sayapnya ke Sabah.
Dalam pada itu Ahli Parlimen Kinabatangan ini juga turut mempersoalkan dakwaan tersebut susulan selepas UMNO Sabah membuat proses pemutihan dan bancian baru baru ini jumlah ahli UMNO yang direkodkan 509,050 orang manakala 38,000 meninggalkan parti termasuk ahli yang meninggal dunia.
" Saya tidak yakin dari mana angka yang disebutkan seramai 100,000 orang ahli UMNO menyertai bersatu" jelas Bung.
Menyentuh soal kestabilan UMNO di Sabah Bung menegaskan kedatangan Bersatu ke Sabah tidak akan menggugat parti tersebut.
" Kita telah menyusun semula bahagian bahagian Umno di negeri ini dan didapati hanya 10 peratus sahaja daripada 570,000 ahli UMNO yang keluar,ini bermakna UMNO Sabah masih kukuh dan kuat disemua peringkat apatah lagi UMNO Sabah mempunyai pemimpin-pemimpin muda yang komited dan mempunyai matlamat yang sama.
Tambah Bung apa yang perlu dilakukan oleh UMNO Sabah ketika ini merangka beberapa strategi untuk memperkuatkan parti dan menyakinkan rakyat bahawa kerajaan sekarang dibawah Pakatan Harapan telah menipu rakyat dan tidak menjalankan tanggungjawab selaku pemerintah yang baik seperti janji dalam manifesto mereka" tegas Bung.







0 ulasan:
Catat Ulasan