Isnin, 11 Februari 2019

Gunakan Kemudahan Enternit Secara Berhemah

Johair menerima cendera kenangan dari penganjur selepas merasmikan program tersebut.

BEAUFORT: Orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan internet secara berhemah dan bijak untuk memperoleh maklumat tepat mengenai perkembangan semasa, bukannya sebagai platform mencetuskan perpecahan serta merosakkan keharmonian negara.

Pemimpin Kemajuan Rakyat Klias Hajah Johair Matlamat  berkata, mereka juga perlu memikirkan kesan positif dan negatif hasil penggunaan teknologi maklumat itu sebelum menyebarkan sesuatu maklumat.

Malah, menurut beliau, mereka juga perlu menggunakannya dengan baik agar manfaatnya boleh dikongsi demi kebaikan bersama.

"Masyarakat, khususnya di kawasan luar bandar, seharusnya memanfaatkan kemudahan jalur lebar yang dibekalkan di Pusat Internet desa " katanya ketika berucap merasmikan hari terbuka Pusat Internet Kampung Kebidang dekat sini baru baru ini

Johair turut melawat bilik pusat enternit desa kampung Kebidang selepas merasmikan program tersebut.

Menurut beliau kerajaan membelanjakan peruntukan tinggi bagi menyediakan kemudahan jalur lebar sehingga menembusi kawasan luar bandar supaya rakyat celik teknologi maklumat (IT) untuk kebaikan bersama

Johair yang juga Ahli Majlis Tertinggi Parti  Warisan Sabah memberitahu suatu berita itu dianggap masih baharu jika dilaporkan dalam tempoh 24 jam, namun dengan kepesatan teknologi, berita-berita berkenaan dilihat ketinggalan.

Walau bagaimanapun jelasnya, kepantasan sesuatu penyaluran berita itu tidak harus menjadi kayu pengukur melalui internet, sebaliknya perlu dinilai kebenaran atau kesahihannya.

"Tidak semua maklumat yang dipaparkan dalam sesuatu laman web itu terutamanya Halaman Sosial (FB) betul dan berniat baik kerana ada juga bersifat provokasi serta fitnah, terutama dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk kepentingan politik mereka" tambah Johair

Sehubungan itu beliau meminta rakyat agar menggunakan media rasmi kerajaan bagi memperolehi maklumat yang tepat dan terkini.

Mengulas program tersebut Johair yang juga Ketua Wanita Parti Warisan Parlimen Beaufort ianya merupakan flatfrom terbaik bagi rakyat dapat berkongsi maklumat dan aktiviti yang ada di Pusat Enternit desa yang disediakan oleh kerajaan

0 ulasan:

Catat Ulasan