Isnin, 25 Februari 2019

HINA NABI ,BELIA USIA BUAT LAPORAN POLIS


Belia Usia memandang serius mereka yang menghina Agama Islam dan Nabi Muhammad SAW di media sosial

KOTA KINABALU: Badan Belia Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Belia Usia)  memandang serius kecenduragan dan kebiadapan segelintir pengguna Halaman Sosial (FB) dinegara ini yang memuatkan naik status dan komen yang menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW

Ketuanya Jamawi Jaafar (gambar kecil ) berkata perkara ini  amat sensitif dan jika dibiarkan berterusan tanpa dibendung boleh membangkitkan  kemarahan Umat Islam di negara ini.

" Belia Usia memandang serius perkara ini, walaupun sudah ada beberapa pihak dan NGO Islam sebelum ini telah  membuat laporan polis namun kami (Belia Usia) turut bertanggungjawab untuk membuat laporan polis agar isu seperti ini tidak melarat ke Sabah dan berpanjangan " katanya ketika ditemui di sini kelmarin

Belia Usia Beluran diketuai Haji Lokman dan Belia  Usia Sandakan diketuai oleh Mohamad Sufan membuat laporan Polis di Balai Polis Sandakan

Sehubungan dengan itu Jamawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri mengarahkan belia Usia di seluruh bahagian di negeri ini tampil membuat laporan polis berhubung dengan isu ini.

Laporan polis pertama digerakkan bersama oleh Belia Usia Beluran dan Belia Usia Bahagian Sandakan yang masing masing  diketuai oleh Ketuanya Haji Lokman Datuk Madlis dan Ustaz Mohamad Sufan Bahrin yang tampil membuat laporan polis di Balai Polis Sandakan pagi selesa.Turut membuat laporan Polis Belia Usia bahagian Tambunan yang diketuai oleh Ketuanya Suhaidi Awang Damit di balai Polis Tambunan pada pagi Rabu kemarin.

Tidak ketinggalan Belia Usia bahagian Tambunan diketuai oleh Ketuanya Suhaidi bersama AJK membuat laporan di Balai Polis Tambunan

Mereka membuat laporan agar pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pemilik akaun Facebook bernama Sally Yen yang memuat naik komen yang menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW

Jamawi  menambah tindakan  segera perlu diambil bagi mengelakkan ketegangan antara agama.

Sementara itu Ketua Belia Usia Sandakan Mohamad Sufan Bahrin berkata laporan polis ini adalah untuk meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyekat akaun Facebook ini dengan segera dan juga meminta Polis Diraja Malaysia untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemilik akaun tersebut



0 ulasan:

Catat Ulasan