Rabu, 17 April 2019

KERAJAAN DIHARAP SEDIAKAN DANA UNTUK PROGRAM KESUSTERAANN


Datuk Haji Mohd.Arifin ketika menyampaikan ucapan semasa perbahasan di DUN Sabah

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri  Kawasan N.24 Membakut Datuk Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif (gambar) meminta kerajaan agar dapat menyediakan peruntukan bagi golongan penulis dan kegiatan penulisan di negeri ini

Katanya, sumbangan golongan sasterawan penulis kreatif  dan pengarang tanah air tidak dapat disangkal berdasarkan rakaman dan dokumentasi sejarah perjuangan memupuk semangat nasionalisme sejak sebelum kemerdekaan melalui mata pena.

"Selepas 61 tahun kita menikmati kemajuan dalam pelbagai bidang, rakyat gigih bersama kerajaan membangunkan negara hingga ada mencipta nama di luar negara dan dalam hal ini, sasterawan dan pengarang tidak terkecuali menghasilkan karya kreatif yang bermutu tinggi"katanya semasa mengambil bahagian
membahaskan usul ucapan dasar Yang Dipertua Negeri Sabah pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini kemarin

Datuk Haji Mohd.Arifin(kiri) Datuk Nizam Datuk Ghulam dan Datuk Limus berbincang sebelum sidang DUN bermula 

Menurut Arifin sumbangan golongan penulis di negeri ini bukan sahaja berjaya mencipta nama dalam negara malah turut menerima pengiktiran di peringkat antarabangsa bangsa seperti allayrahman Datuk Ismail Abas (Amil Jaya) dan Datuk Jasni Matlani yang telah menerima Anugreh penghargaan Penulis Asia atau nama aslinya The S.E.A Write.

Tambah beliau kemunculan penulis penulis muda di negeri ini  juga semakin menyerlah melalui pelbagai hadiah dan anugreh yang diterima di peringkat negeri,kebangsaan dan antarabangsa  dan ini turut mengangkat nama Sabah di persada antarabangsa.

Justeru menurut beliau tiba masanya bagi kerajaan melihat perkembangan positif ini bukan sahaja memberikan peruntukan kepada penulis melalui persatuan penulis masing tapi turut memberikan suntikan dana untuk penulis melakukan penyelidikan dan penerbitan terutamanya buku buku sejarah berhubung dengan tokoh tokoh pahlawan Sabah dalam kebangkitan menuntut kemerdekaan dan yang memperjuangkan perjanjian 1963 yang masih agak berkurangan di negeri ini.

"Di kawasan saya (Membakut) kita telah menganjurkan Mahrajan Nusantara Membakut dan setakat ini sudah lapan kali kita laksanakan dimana sambutan serta penyertaan begitu amat menggalakkan bukan sahaja peserta dalam negara malah turut disertai oleh penulis penulis dari negara jiran Seperti Indonesia ,Brunei Singapura dan lain lain dimana program ini juga turut memperkenalkan budaya di Sabah" katanya.

Untuk rekod  menurut Arifin kerajaan  Pusat sekitar 2012  pernah memperuntukkan dana jutaan ringgit demi menyaksikan penulis kreatif bergiat dalam penulisan melalui penerbitan karya

Tambah Arifin falsafah pendidikan kesusasteraan Melayu ialah 'Pendidikan Kesusasteraan Melayu di Malaysia bertujuan menjana minda dan emosi, mengukuhkan jati diri, menyuburkan budaya bangsa dan memupuk sikap berdaya saing ke arah pembinaan insan bestari.

Dalam perkembangan yang sama Arifin turut menyambut baik usaha kerajaan untuk membina Balai Budaya di negeri ini.

Katanya, selain pembinaannya nanti berkonsepkan budaya pelbagai etnik di Sabah,beliau turut menyarankan agar sebuah dewan untuk para penulis dan pengiat seni berkumpul untuk melaksanakan pelbagai program budaya dan kesusasteraan

"Percayalah, kesusasteraan akan terus hidup bila-bila
sehingga ia tidak boleh dipandang sepi, meskipun pengarang yang menulisnya tiada lagi di dunia ini" katanya

0 ulasan:

Catat Ulasan