Jumaat, 19 April 2019

JAMAWI AJAK WAKIL RAKYAT TURUN PADANG PERJELASKAN ISU RUU

Jamawi ketika mengambil bahagian dalam perbahasan usul tersebut.


KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong Jamawi Jaafar mengajak  menyeru wakil-wakil rakyat lain supaya turun padang memberi penjelasan mengenai pindaan Rang Undang Undang kepada rakyat di kawasan masing-masing agar mereka lebih memahaminya

Katanya penerangan yang jelas harus diberikan terutama kepada generasi muda atau Gen Y bahawa pindaan RUU tersebut bukanlah sekadar kosmetik seperti yang didakwa.

" Penjelasan yang detil perlu disampaikan kepada rakyat di peringkat akar umbi agar mereka memahami sepenuhnya isi kandungan RUU bagi mengelak isu ini dimanipulasikan oleh pihak pihak tertentu demi kepentingan politik mereka" katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengambil bahagian  berucap  membahas menyokong satu usul persendirian untuk mengisytiharkan persetujuan mereka terhadap pindaan kepada Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan diakhir persidangan dewan undangan negeri kemari

Usul persendirian di bawah Peraturan Tetap 31(2) yang dibentangkan oleh Adun Karanaan Datuk Masidi Manjun itu merupakan agenda terakhir pada persidangan hari kemarin dan mendapat sokongan padu dari ahli ahli dewan.

Dalam pada itu Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong kerajaan , mencadangkan  agar satu jawatankuasa khas dapat dibentuk yang turut anggotai oleh pakar undang-undang bagi untuk merumuskan isu ini.

" Ini penting agar satu skop dapat dicapai  dan dimuatkan dalam satu risalah supaya maklumat yang diedarkan kepada rakyat akan lebih seragam tanpa sebarang kekeliruan  " katanya.

Tambah Jamawi jabatan atau agensi yang berkaitan juga perlu mengadakan beberapa siri seminar kepada rakyat  khususnya golongan  generasi muda atau Gen Y berhubung dengan isu RUU berpandukan kepada skop yang telah dipersetujui oleh kerajaan

" Kementerian Belia dan Sukan termasuk NGO Belia boleh menganjurkan program  programbpenerangan untuk golongan belia berpandukan kepada skop yang diputuskan" katanya

Jamawi turut melahirkan harapan agar kerajaan negeri dapat terus berunding dengan kerajaan persekutuan supaya pindaan Rang Undang-Undang perlembagaan itu dapat diperhalusi dan dibentangkan semula di Parlimen bagi mencapai keputusan menang menang untuk kedua belah pihak.

“ Syukur alhamdulillah hari ini rakyat Sabah melalui Dewan Undangan Negeri telah menyatakan pendirian mengenai pindaan ini,” ujarnya.

Sementara itu Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan berusaha dan terus berunding dengan kerajaan persekutuan supaya Sabah mendapat hak-hak seperti diperuntukan dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Selain Jamawi turut membahaskan usul tersebut termasuklah Datuk Dr Jeffrey Kitingan (Tambunan-Star), Julita Majunki (Matunggong-PBS) dan Datuk Bolkiah Ismail (Pitas-Warisan)


0 ulasan:

Catat Ulasan