![]() |
Fredolin dan Jain meninggalkan Upko baru-baru ini dan menyertai Bersatu.
BEAUFORT--Beberapa cawangan Upko di bahagian Beaufort terutama di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Mansud dan Kerukandijangka dibubarkan sebaik sahaja ahli-ahlinya mengisytiharkan keluar parti untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam masa terdekat.
Ahli jawatankuasa Upko Bahagian Beaufort, Jain Haji Bisnin yang mengumumkan menyertai Bersatu baru-baru ini, memberitahu, satu perjumpaan dengan ahli-ahli cawangan di kedua-dua PDM itu akan diadakan bagi tujuan tersebut.
"Kita akan berjumpa dengan mereka dalam masa terdekat bagi membolehkan mereka menyertai Bersatu," katanya.
![]() |
Jain (dua dari kanan) bersama mantan Timbalan Ketua Bahagian Upko Beaufort, Fredolin Penggo menghadiri majlis pelancaran Bersatu di Penampang.
|
Menurut beliau, pasukan pedamai yang menjadi penggerak Upko khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Penyu sebelum ini akan meneruskan peranannya sebagai penggerak keahlian Bersatu di kawasan berkenaan.
"Pasukan itu sudah biasa dengan kerja-kerja tersebut, sudah tentu tiada masalah untuk mereka meneruskan fungsi tersebut," ujarnya.
Hampir 20 cawangan dari PDM Mansud dan Kerukan dijangka berbuat demikian bagi mengikut jejak beberapa pemimpin kanan bahagian yang sudah bertindak keluar parti dan masuk Bersatu.
Selain Jain, pemimpin lain yang mengumumkan meninggalkan Upko Beaufort sebelum ini ialah manta timbalan ketua bahagian, Fredolin Penggo, mantan naib ketua bahagian yang juga mantan Adun Kuala Penyu, John Teo dan mantan ketua penerangan, Japari Kunin.
Beberapa lagi pemimpin kanan juga dijangka akan keluar dari parti itu menyertai Bersatu selepas pelancaran parti tersebut di Sabah oleh Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad hari ini (Sabtu).
Mereka dilihat bersama-sama ribuan ahli-ahli Bersatu menghadiri majlis pelancaran parti itu di Penampang.di sini.








0 ulasan:
Catat Ulasan