Khamis, 4 April 2019

PENDIDIKAN AGAMA PERLU DIBERIKAN PENEKANAN DI SEKOLAH JAMAWI


Jamawi menerima cendera kenangan dari Pegawai Pendidikan Daerah Moh Ridhuan  selepas merasmikan majlis tersebut.

TENOM: Penekanan subjek Pendidikan Islam perlu diberi keutamaan kerana generasi hari ini terdedah dengan pelbagai risiko masalah disiplin dan kelunturan akhlak.

Ahli Dewan Undangan Negeri  Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata, kurikulum agama Islam sedia ada perlu diperkasakan di peringkat sekolah rendah lagi dengan orientasi menekankan aspek amali dari teori.

“Ini kerana waktu pengajaran yang sedia ada hanya enam masa yang memakan masa tiga jam seminggu tidak cukup untuk membina keperibadian dan jati diri pelajar " katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Tadarus Al Quran dan Fastivel Nasyid Sekolah sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Daerah Tenom di dewan SMK Chinta Mata dekat sini pada pagi Khamis.

Jamawi menyampaikan hadiah kepada salah seorang sempana majlis tersebut

Hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah Tenom Mohd Ridhuan Yusof dan wakil  Pengetua SMK Chinta Mata yang juga Pengerusi Penganjur Penolong kanan Pentadbiran SMK Chinta Mata Zulhairy Abdullah dan Yang Dipertua Majlis Guru Besar Daerah Tenom Hasan Basri Haji Mohd Kassim

Jamawi menyampaikan cendera mata kepada salah seorang hakim pertandingan 

Menurut Jamawi yang juga  Ketua Belia Usia  Sabah di peringkat kementerian satu jawatankuasa semakan semula kurikulum Pendidikan Islam boleh dibentuk supaya pendidilan Islam dapat diperkasakan.

“Saya berpendapat kurikulum Pendidikan Islam perlu dimantapkan dengan elemen yang mampu membangunkan karektor dan menyiapkan mereka untuk mendepani cabaran IR 4.0 (Revolusi Industri).

“Dengan olahan yang lebih dinamik dan berdaya saing serta kemahiran yang diperlukan untuk pasaran masa depan tanpa mengabaikan aspek keagamaan,” ujarnya.

Jelasnya lagi, penekanan subjek tersebut sudah termaktub dalam Ordinan Pelajaran 1952 yang menggariskan hak murid Islam untuk mendapat pendidikan agama.
Malah, ia diperkukuhkan semula dalam Ordinan Pelajaran 1957 yang mewajibkan sekolah yang mempunyai bilangan murid seramai 15 orang wajib diajar pelajaran agama.

Mengulas program tersebut Jamawi berkata ianya wajar diteruskan dan disemarakkan lagi bagi membangkitkan rasa kecintaan pelajar Islam terhadap ilmu agama khususnya dalam bacaan Al Quran.

" Pelajar bukan sahaja dididik membaca Al Quran tapi perlu diajar menghayati dan mengamalkan ajaran yang terkandung di dalamnya bagi menjadikan mereka model insan yang berkualiti berjaya di dunia di di akhirat" jelas Jamawi.


0 ulasan:

Catat Ulasan